{"id":2696,"date":"2025-03-21T08:03:02","date_gmt":"2025-03-21T00:03:02","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2696"},"modified":"2025-03-21T08:03:25","modified_gmt":"2025-03-21T00:03:25","slug":"2-beranak-maut-dirempuh-dalam-perjalanan-ke-masjid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2696","title":{"rendered":"2 beranak maut dirempuh dalam perjalanan ke masjid"},"content":{"rendered":"\n<p>BESUT: Dua beranak maut dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke masjid di Jalan Kuala Terengganu &#8211; Kota Bharu, Kampung Padang Landak di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, salah seorang mangsa yang meninggal dunia dijadualkan bertugas menjadi imam solat Isyak serta solat Tarawih pada malam itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa, Mohd Nazri Mohd Nor, 59, bersama anaknya, Muhammad Hamas Mohd Nazri, 25, dari Kampung Padang Luas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, polis menerima maklumat daripada Hospital Besut berhubung kematian dua orang lelaki susulan kemalangan membabitkan dua kenderaan pada 10.30 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda yang ditunggang bersama anak lelakinya, dengan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kejadian dipercayai berlaku semasa Toyota Hilux dari arah Jertih ke Padang Landak terlanggar motosikal Honda EX5 dari arah belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika kejadian motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan,&#8221; katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, akibat dari kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kedua-dua mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Besut, sementara itu pemandu Toyota Hilux tidak mengalami apa-apa kecederaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BESUT: Dua beranak maut dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke masjid di Jalan Kuala Terengganu &#8211; Kota Bharu, Kampung Padang Landak di sini, semalam. Difahamkan, salah seorang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2695,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,51],"tags":[406,405,99],"class_list":["post-2696","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negeri","tag-beranak","tag-dua","tag-maut"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2696","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2696"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2696\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2698,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2696\/revisions\/2698"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2695"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2696"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2696"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2696"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}