{"id":2649,"date":"2025-03-19T16:42:54","date_gmt":"2025-03-19T08:42:54","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2649"},"modified":"2025-03-19T16:44:41","modified_gmt":"2025-03-19T08:44:41","slug":"trafik-di-terengganu-dijangka-sesak-bermula-28-mac-jpj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2649","title":{"rendered":"Trafik di Terengganu dijangka sesak bermula 28 Mac &#8211; JPJ"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA TERENGGANU: Keadaan lalu lintas di Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri bermula 28 Mac ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion, berkata kesesakan dijangka berlaku di lebuh raya utama dan jalan Persekutuan pada waktu puncak iaitu 29 dan 30 Mac.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Zamri berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Antara tindakan kita termasuk menjalankan rondaan berterusan selama 16 jam sehari sepanjang tempoh berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Operasi juga akan dilaksanakan secara 24 jam pada 29 dan 30 Mac selaras dengan Larangan Pemanduan Kenderaaan Barangan,&#8221; katanya ketika dihubungi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Mohd Zamri berkata JPJ Terengganu juga akan menempatkan anggotanya di lokasi strategik bagi memantau dan menyurai keadaan trafik apabila berlaku kesesakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pemantauan secara terbuka dan tersembunyi juga dirancang di kawasan berisiko tinggi atau&nbsp;<em>blackspot<\/em>&nbsp;bertujuan mengesan pemandu yang melanggar peraturan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesesakan seterusnya dijangka berlaku pada 5 dan 6 April apabila anak perantau melakukan perjalanan pulang ke ibu kota dan destinasi lain untuk bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita akan meneruskan penguatkuasaan serupa dalam tempoh itu bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Keadaan lalu lintas di Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri bermula 28 Mac ini. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2648,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[119,388],"class_list":["post-2649","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-raya","tag-sesak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2649","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2649"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2650,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2649\/revisions\/2650"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2648"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}