{"id":2611,"date":"2025-03-16T21:24:01","date_gmt":"2025-03-16T13:24:01","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2611"},"modified":"2025-03-16T21:24:49","modified_gmt":"2025-03-16T13:24:49","slug":"bekalan-bpt-cukup-sehingga-aidilfitri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2611","title":{"rendered":"Bekalan BPT cukup sehingga Aidilfitri"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA TERENGGANU: Sebanyak 7,505 kampit beras putih tempatan (BPT) bersubsidi seberat 10 kilogram (kg) diedarkan di pasaran di seluruh Terengganu sejak 2 Mac lalu hingga hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Negeri Kawalselia Padi dan Beras Terengganu, Ahmad Suffian Zulkipeli berkata,&nbsp;<br \/>proses penghantaran bekalan BPT pelbagai jenama di pasaran masih dilakukan hampir setiap hari mengikut tempahan daripada peniaga di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, berdasarkan jumlah bekalan BPT yang telah diedarkan itu, ia mencukupi untuk menampung keperluan pengguna pada Ramadan ini sehingga menjelang musim perayaan Aidilfitri depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kebanyakan bekalan beras itu dihantar oleh pemborong dari luar seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada masa ini, pengguna di Terengganu tidak lagi menghadapi masalah kekurangan BPT apabila bekalan beras itu cukup di pasaran,&#8221; katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Suffian berkata, pengguna juga boleh membeli BPT pada harga yang ditetapkan iaitu harga RM26 sekampit seberat 10 kg.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun terdapat pasar raya besar di negeri ini yang menjual BPT dengan harga lebih murah daripada harga yang ditetapkan iaitu RM25.50 dan RM25.80 sekampit (10kg),&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, beliau menambah, bekalan beras putih import juga mencukupi di pasaran walaupun permintaan lebih tinggi pada Ramadan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pengguna kini telah boleh membuat pilihan sama ada ingin membeli BPT atau import kerana kedua-dua jenis itu mencukupi di pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini, pengguna di Terengganu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan BPT berbanding bekalan beras putih import,&#8221; ujarnya. &#8211; Utusan<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Sebanyak 7,505 kampit beras putih tempatan (BPT) bersubsidi seberat 10 kilogram (kg) diedarkan di pasaran di seluruh Terengganu sejak 2 Mac lalu hingga hari ini. Pengarah Negeri Kawalselia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2610,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[245,378],"class_list":["post-2611","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-beras","tag-bpt"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2611","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2611"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2611\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2612,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2611\/revisions\/2612"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2611"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2611"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2611"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}