{"id":2534,"date":"2025-03-11T10:43:05","date_gmt":"2025-03-11T02:43:05","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2534"},"modified":"2025-03-11T10:45:27","modified_gmt":"2025-03-11T02:45:27","slug":"royalti-semua-ini-kerana-politik-sempit-dan-dendam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2534","title":{"rendered":"Royalti: \u2018Semua ini kerana politik sempit dan dendam\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR:&nbsp;<\/strong>Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendesak kerajaan pusat supaya menunaikan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu, seperti yang termaktub dalam perjanjian 1975 antara Petronas dan kerajaan negeri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kelewatan bayaran yang telah berlarutan hampir 50 tahun itu berpunca daripada politik sempit dan sikap tidak adil terhadap negeri-negeri tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau membandingkan situasi di Sarawak, yang menerima pembayaran penuh tanpa sebarang masalah, sedangkan Kelantan dan Terengganu masih menghadapi kesukaran mendapatkan hak mereka.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"862\" height=\"485\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/abduh2461462324777367977.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2532\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/abduh2461462324777367977.jpg 862w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/abduh2461462324777367977-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/abduh2461462324777367977-768x432.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 862px) 100vw, 862px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah amanah yang tertangguh sejak sekian lama sudah 50 tahun, amanah yang tertangguh ke atas negeri Kelantan sahaja dan sedikit Negeri Terengganu tetapi cantik di negeri Sarawak yang menerima 5 peratus ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBahkan hari ini Sarawak menjadi lebih baik dengan perundingan demi perundingan yang diadakan dengan kerajaan pusat tetapi tidak untuk Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua ini adalah kerana politik sempit dan dendam, cerita lama yang tak boleh kita teruskan,\u201d katanya semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, di sini, hari ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Abduh turut memetik kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menegaskan bahawa bayaran 5 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak adalah hak yang tidak boleh dinafikan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKatanya, jika anda tidak menghormati perjanjian mudah sesama anda iaitu sesama kita, Petronas dengan negeri antara pusat dengan negeri yang ditandatangani suatu masa dahulu, bagaimanakah anda mengharapkan orang asing mahu datang dan melabur di sini, menerima sikap sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang mulia Tengku Razali berkata, saya hanya katakan bahawa perjanjian surat ikatan peletak hak yang merupakan sebahagian akta itu anda tidak boleh lari daripada hakikat bahawa apa sahaja minyak yang anda hasilkan, 5 peratus perlu diberikan kepada negeri sebagai bayaran tunai. Itu perjanjiannya,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga meluahkan kebimbangannya terhadap keberkatan dalam pengurusan kewangan negara sekali gus menyeru kerajaan supaya segera menunaikan pembayaran kepada negeri-negeri yang berhak menerimanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya pohon daripada yang amat berhormat perdana menteri hari ini yang sentiasa bercakap mengenai reformasi untuk berlumba menjadi orang pertama dalam tempoh 50 tahun untuk menyempurnakan perjanjian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bimbang antara masalah kewangan negara hari ini adalah kerana tak berkat makan harta rakyat Kelantan. Kalau kita nak wang negara kita sihat, bayarlah zakat. Kalau boleh saya sebut dengan nama zakat iaitu bayar hak kerajaan negeri Kelantan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyokong gesaan daripada Datuk Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Dato\u2019 Kesavadas A. Achyuthan Nair agar kerajaan tidak berdolak-dalih dalam pembayaran wang ihsan kepada Terengganu, sambil menyifatkan sebarang kelewatan sebagai langkah mundur dalam sistem demokrasi negara.&nbsp;&#8211; Harakahdaily<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR:&nbsp;Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendesak kerajaan pusat supaya menunaikan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu, seperti yang termaktub dalam perjanjian 1975 antara Petronas dan kerajaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2533,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,51],"tags":[350,295],"class_list":["post-2534","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-negeri","tag-petrolieum","tag-royalti"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2534","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2534"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2534\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2536,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2534\/revisions\/2536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2533"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2534"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2534"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2534"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}