{"id":2377,"date":"2025-03-05T16:22:08","date_gmt":"2025-03-05T08:22:08","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2377"},"modified":"2025-03-05T16:22:47","modified_gmt":"2025-03-05T08:22:47","slug":"pengguna-kekal-nikmati-kadar-tarif-elektrik-sama-seperti-dinikmati-sebelum-ini-fadillah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2377","title":{"rendered":"Pengguna kekal nikmati kadar tarif elektrik sama seperti dinikmati sebelum ini &#8211; Fadillah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, semua pengguna akan kekal membayar kadar tarif elektrik yang sama seperti dinikmati sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Penegasan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat sebagai maklum balas kepada pengumuman kenaikan tarif elektrik dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air antara lain menegaskan, pengumuman TNB itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, katanya, pengumuman terbabit dibuat ketika jadual tarif baharu belum dimuktamadkan, biarpun kadar purata asas sudah diputuskan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;(Pengekalan tarif elektrik) selari persetujuan kerajaan mengenai penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi TNB di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), pada 13 Disember lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Persetujuan itu bagi tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kementerian pada 20 Disember lalu, juga menyiarkan kenyataan media bertajuk &#8216;Pengekalan Tarif Elektrik di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025&#8217;,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai tindakan akan diambil terhadap ahli lembaga TNB selepas membuat pengumuman palsu berkaitan kenaikan tarif elektrik oleh TNB yang melanggar obligasi Penzahiran Maklumat Material di bawah Peraturan Suruhanjaya Sekuriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Fadilah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, penetapan tarif asas elektrik secara asasnya dibuat berdasarkan mekanisme IBR, sejak 2014.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui IBR, katanya, purata tarif asas di Semenanjung untuk TNB akan dikaji setiap tiga tahun berserta penetapan parameter asas bagi perniagaan TNB yang diselia melalui Suruhanjaya Tenaga (ST). &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, semua pengguna akan kekal membayar kadar tarif elektrik yang sama seperti dinikmati sebelum ini. Penegasan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat sebagai maklum balas&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2376,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[297,221,298],"class_list":["post-2377","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bil","tag-elektrik","tag-naik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2377","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2377"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2377\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2378,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2377\/revisions\/2378"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2376"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2377"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2377"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2377"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}