{"id":2351,"date":"2025-03-04T08:18:38","date_gmt":"2025-03-04T00:18:38","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2351"},"modified":"2025-03-04T08:19:28","modified_gmt":"2025-03-04T00:19:28","slug":"harga-makanan-di-bazar-ramadan-naik-sehingga-20-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2351","title":{"rendered":"Harga makanan di bazar Ramadan naik\u00a0sehingga 20 peratus"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KUALA TERENGGANU: Peniaga makanan di kebanyakan bazar Ramadan di sini menaikkan harga antara 10 hingga 20 peratus berikutan kenaikan kos bahan mentah termasuk santan.<\/p>\n\n\n\n<p>Peniaga terpaksa menaikkan harga makanan&nbsp; selepas harga santan di negeri ini naik berganda daripada RM9 sekilogram kepada RM19 sekilogram sejak Oktober tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang peniaga, Aida Said, 37, yang berniaga di Bazar Ramadan Shah Bandar di sini berkata, dia terpaksa menaikkan harga lemang kira-kira RM1 hingga RM2 sebatang berbanding tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pada Ramadan kali ini, dia menjual&nbsp; sebatang lemang pada harga RM13 hingga RM15 mengikut saiz buluh.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kenaikan harga lemang itu juga bukan disebabkan harga santan sahaja yang mahal malah harga buluh juga melambung tinggi,&#8221; katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Shah Bandar di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, peniaga lauk-pauk, Robiah Hassan, 47, berkata, dia terpaksa menaikkan harga antara 10 peratus hingga 20 peratus untuk menampung kos barang mentah termasuk santan yang semakin mahal.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dia tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga lauk-pauk untuk mengelakkan kerugian, namun kebanyakan pengguna memahami punca kenaikan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terdapat pelanggan terutamanya dalam kalangan B40 mengeluh apabila harga lauk-pauk&nbsp; lebih tinggi berbanding tahun lalu,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pelanggan, Abdul Rahman Salleh, 35, berkata, dia membeli juadah untuk berbuka puasa secara berhemah memandangkan harganya semakin mahal untuk menggelakkan pembaziran.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya telah menjangkakan berlaku kenaikan harga makanan di bazar Ramadan tahun ini berikutan kenaikan harga barang mentah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 57 lokasi bazar Ramadan dibuka di lapan daerah di Terengganu membabitkan 4,456 peniaga pada Ramadan kali ini. &#8211; Utusan<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Peniaga makanan di kebanyakan bazar Ramadan di sini menaikkan harga antara 10 hingga 20 peratus berikutan kenaikan kos bahan mentah termasuk santan. Peniaga terpaksa menaikkan harga makanan&nbsp; selepas&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2350,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[109,166],"class_list":["post-2351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-harga","tag-ramadan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2351"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2352,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2351\/revisions\/2352"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2350"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}