{"id":2300,"date":"2025-03-02T09:04:26","date_gmt":"2025-03-02T01:04:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2300"},"modified":"2025-03-02T09:06:05","modified_gmt":"2025-03-02T01:06:05","slug":"sokong-peruntukan-rm16-juta-baik-pulih-pulau-petang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2300","title":{"rendered":"Sokong peruntukan RM16 juta baik pulih Pulau Petang"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong>: Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan sokongan penuh terhadap peruntukan sebanyak RM16 juta daripada Kerajaan Pusat bagi kerja-kerja baik pulih Pulau Petang, yang terletak di Tasik Kenyir.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berharap peruntukan itu dapat menjadikan Pulau Petang sebagai lokasi hentian utama bagi pelancong yang ingin mengunjungi ke Santuari Kelah.&nbsp;<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita harap supaya kerja baik pulih ini dapat disiapkan sepenuhnya dan menjadikan Pulau Petang satu hentian untuk ke Santuari Kelah,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengumumkan akan membaik pulih Resort Pulau Petang yang telah terbiar sejak empat tahun lalu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi KETENGAH, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kos baik pulih resort yang berusia kira-kira 25 tahun itu akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM16 juta diluluskan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Razali bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa Pulau Petang terbengkalai sejak 2021, sebaliknya beliau berkata, pembangunan pulau itu tidak pernah disiapkan sepenuhnya bermula dari penambahan yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPulau Petang telah bermula sejak 2010 dan kemudiannya ditutup pada tahun 2022. Pulau ini sebenarnya pembangunannya tidak pernah siap dan pulau ini dipelopori oleh KETENGAH.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cZaman Ahmad Said sebagai Menteri Besar, beliau telah belanjakan sebanyak RM25 juta untuk membuat pertambahan dan daripada situlah Pulau Petang tidak menjadi satu pulau yang siap dengan resort dan sebagainya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Ini) Seperti mana yang didakwa oleh beliau dan pada ketika itu Syarikat Nika Niaga sebagai pengurus. Apabila saya sebagai pengerusi KETENGAH saya tukar Nika Niaga kepada KETENGAH Niaga.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi itulah sejarah Pulau Petang yang dibina oleh KETENGAH pada asalnya selepas itu Kerajaan Negeri, selepas itu diuruskan oleh KETENGAH.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kita nak cari kesilapan siapa sebenarnya, siapa yang buat terbengkalai, siapa yang merosakkan perniagaan itu sebenarnya?,\u201d soalnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berpendapat sebarang isu berkaitan pembangunan Pulau Petang perlu diselesaikan melalui perbincangan profesional bukannya menerusi media.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya pun tak faham tindakan Pengerusi KETENGAH. Sepatutnya kita berbincang secara ilmiah dengan saya sebagai Exco Pelancongan, bukan membuat kenyataan melalui media,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sekiranya pihak KETENGAH enggan bekerjasama, fungsi pemasaran Tasik Kenyir boleh diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika mereka tidak berminat untuk bekerjasama, kita boleh minta KETENGAH menyerahkan kembali fungsi pemasaran yang telah diberikan kepada mereka kepada kerajaan negeri,\u201d katanya. &#8211; Harakahdaily<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan sokongan penuh terhadap peruntukan sebanyak RM16 juta daripada Kerajaan Pusat bagi kerja-kerja baik pulih Pulau Petang, yang terletak di Tasik Kenyir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2299,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[274,273],"class_list":["post-2300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-razali","tag-tasikkenyir"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2301,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2300\/revisions\/2301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}