{"id":2256,"date":"2025-02-27T23:24:58","date_gmt":"2025-02-27T15:24:58","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2256"},"modified":"2025-02-27T23:29:22","modified_gmt":"2025-02-27T15:29:22","slug":"aliff-aziz-ruhainies-mengaku-salah-berkhalwat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2256","title":{"rendered":"Aliff Aziz, Ruhainies mengaku salah berkhalwat"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><br>KUALA LUMPUR: Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies telah menukar pengakuan dan mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 21 Februari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam kenyataan pada Khamis mengesahkan perkara itu dan kedua-dua selebriti itu sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000 pada Jumaat lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada tarikh sebutan lepas iaitu pada 17 Oktober tahun lalu, ditetapkan tarikh 20 dan 27 Februari lalu untuk sambung bicara selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari lalu memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon kepada pihak Mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas pertuduhan dibacakan semula dan kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Atas pengakuan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkan kesalahan ke atas kedua-keduanya dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, pada prosiding 3 Julai tahun lalu mengaku tidak bersalah selepas dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559], atas kesalahan berkhalwat.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies telah menukar pengakuan dan mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 21 Februari lalu. Jabatan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2255,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[257,158,258],"class_list":["post-2256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-aliff","tag-khalwat","tag-ruhainies"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2257,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2256\/revisions\/2257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}