{"id":2231,"date":"2025-02-26T20:06:10","date_gmt":"2025-02-26T12:06:10","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2231"},"modified":"2025-02-26T20:08:46","modified_gmt":"2025-02-26T12:08:46","slug":"prk-dun-ayer-kuning-pemuda-umno-perak-kemuka-nama-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2231","title":{"rendered":"PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO Perak kemuka nama Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>IPOH: Pemuda UMNO Perak hanya mengemukakan nama Fahmi Ahmad Jakhisi sebagai calon tunggal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti supaya dipertimbangkan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Fahmi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah dilihat paling layak kerana merupakan anak tempatan yang lahir di dalam kawasan DUN Ayer Kuning termasuk mengundi di situ.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setakat ini, Pemuda Perak hanya mengemukakan satu nama iaitu Fahmi yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Perak.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dia sudah dua penggal sebagai Ketua Pemuda bahagian. Maksudnya, dia bukan menang secara percuma tetapi bertanding dan menang. Ini menunjukkan dia diterima oleh masyarakat di sana,&#8221; katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Nazirul berkata, Fahmi juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada ADUN Ayer Kuning sebelum ini dan pengalaman itu diperlukan untuk memastikan rakyat terus dibantu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pencalonan Fahmi juga penting dalam memastikan ada wakil pemuda di dalam kerajaan negeri dan ia sekali gus memudahkan suara anak muda dibawa ke dalam Dewan Negeri Perak.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Nazirul memaklumkan Pemuda UMNO Perak telah mengadakan mesyuarat pada malam Selasa bersama semua kepimpinan sayap itu bagi membincangkan gerak kerja ke arah PRK DUN berkenaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, sepanjang bulan Ramadan jentera sayap parti itu akan berada di DUN Ayer Kuning dan Parlimen Tapah bagi mengatur pelbagai program untuk masyarakat setempat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pada Selasa, media melaporkan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr Muhamad Akmal, pihaknya mempunyai calon yang berpotensi dan usaha melobi wakil dari sayap itu sebagai calon dalam sesuatu pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam parti.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia dan Gerakan Tanah Air. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>IPOH: Pemuda UMNO Perak hanya mengemukakan nama Fahmi Ahmad Jakhisi sebagai calon tunggal mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Ketua Pemuda&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[242,243,213],"class_list":["post-2231","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-perak","tag-prk"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2231","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2231"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2231\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2232,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2231\/revisions\/2232"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2231"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2231"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2231"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}