{"id":2219,"date":"2025-02-26T00:09:51","date_gmt":"2025-02-25T16:09:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2219"},"modified":"2025-02-26T06:21:16","modified_gmt":"2025-02-25T22:21:16","slug":"bekas-adun-kemasik-meninggal-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2219","title":{"rendered":"Bekas ADUN Kemasik meninggal dunia"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali, meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di Damansara, Kuala Lumpur, petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Abu Bakar, 79, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kor menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.40 petang di sisi isteri dan anak-anak beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut salah seorang anaknya, bapanya meninggal dunia akibat penyakit jantung dan beberapa komplikasi lain kira-kira pukul 6.40 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, bapanya dimasukkan ke hospital tersebut pada 23 Januari lalu selepas mengalami sesak nafas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas dimasukkan ke hospital, ayah saya turut mengalami komplikasi lain seperti paru-paru berair dan masalah buah pinggang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini, arwah ayah turut mengalami sakit saraf sejak 2012 dan terpaksa berkerusi roda dan bertongkat, bagaimanapun arwah masih sihat dan aktif,&#8221; katanya ketika ditemui, malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Baru Kemasik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Insya-Allah jenazah ayah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kerteh kira-kira pukul 10.30 pagi untuk solat jenazah dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada bekas ADUN Kemasik itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau berduka cita dengan pemergian Abu Bakar.<br \/>&nbsp;<br \/>&#8220;Menerima perkhabaran duka pemergian sahabat saya, Datuk Abu Bakar Ali yang lebih mesra saya panggil Datuk Kor, mantan ADUN Kemasik, yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, tetapi juga kepada rakyat yang telah menerima khidmat bakti Allahyarham selama ini,&#8221; tulisnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beliau berpeluang menziarahi arwah pada 20 Februari lalu ketika dirawat di sebuah hospital pakar di Damansara, Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Allahyarham Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai ADUN Kemasik selama lima penggal bermula tahun 1986 hingga 2004. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali, meninggal dunia di sebuah hospital pakar swasta di Damansara, Kuala Lumpur, petang tadi. Abu Bakar, 79, atau lebih&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2218,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[236,185,237,186],"class_list":["post-2219","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-abubakar","tag-adun","tag-kemasik","tag-meninggal"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2219","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2219"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2219\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2221,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2219\/revisions\/2221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2218"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2219"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2219"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2219"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}