{"id":2141,"date":"2025-02-23T18:32:12","date_gmt":"2025-02-23T10:32:12","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2141"},"modified":"2025-02-23T18:32:56","modified_gmt":"2025-02-23T10:32:56","slug":"tak-benar-orang-kata-saya-berdendam-sengaja-cari-kesalahan-orang-lain-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2141","title":{"rendered":"&#8216;Tak benar orang kata saya berdendam, sengaja cari kesalahan orang lain&#8217; &#8211; Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, termasuk dalam membasmi jenayah rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri menafikan beliau berdendam dan sengaja mencari kesalahan supaya sesuatu kes itu disiasat, sebaliknya mahu memastikan amalan yang melanggar tatakelola dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak, tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan tugasnya, kutip cukai, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) geledah supaya menghentikan amalan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kakayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Boleh kita nak ambil tindakan? Tak boleh, kita jangan dendam, jadi negara rosak,&#8221; katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings (PJH), Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, dalam sesi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani 2025 di Bangi, semalam, beliau meminta supaya setiap aduan dan kritikan berhubung prestasi kerajaan diambil perhatian serta diambil tindakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ada yang mendakwa sesetengah menteri tidak memberi penjelasan yang baik walaupun program yang dijalankan bermanfaat, selain isu seperti tebatan banjir, jalan berlubang dan bekalan elektrik di kawasan pedalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita dengar dan kita mesti ambil tindakan. Saya tidak ada masalah jika orang tegur dan kritik kita kerana kita bukan sempurna, dan kita mesti dengar untuk perbaiki.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bukan sahaja saya sebagai Perdana Menteri tapi ketua jabatan, ketua syarikat, semua harus dengar supaya dapat kita perbaiki,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai wajah baharu pusat beli belah Alamanda, Perdana Menteri berkata, ia adalah mercu tanda yang mampu menjadi tarikan dan menambah keceriaan di Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengingatkan, dalam kerancakan membangunkan mercu tanda dan pasar raya baharu, ia mesti dapat memberi manfaat kepada pelbagai golongan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mungkin dalam bulan Ramadan nanti, ada acara dan boleh panggil murid sekolah anak yatim supaya mereka sama-sama dapat merasai kenikmatan yang kita rasai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia tidak memerlukan terlalu banyak (perbelanjaan) tapi jika usaha ini dilakukan puluhan ribu orang, ia akan memberi manfaat kepada ratusan ribu orang,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek naik taraf Alamanda, membabitkan lantai berkeluasan 18,581 meter persegi dimulakan PJH pada pertengahan 2023 dan ia adalah projek pengubahsuaian terbesar yang pernah dilancarkan sejak Alamanda dibuka pada 2004.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara tarikan baharu di Alamanda, termasuk arena boling dan panggung wayang yang lebih besar serta 59 kedai, berbanding 42 kedai sebelum ini, selain tarikan baharu iaitu taman cabaran, Escape Putrajaya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, termasuk dalam membasmi jenayah rasuah. Perdana Menteri menafikan beliau berdendam dan sengaja&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2140,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[123,205,204],"class_list":["post-2141","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-anwar","tag-dendam","tag-ibrahim"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2141","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2141"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2142,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2141\/revisions\/2142"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2140"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}