{"id":2113,"date":"2025-02-22T20:04:16","date_gmt":"2025-02-22T12:04:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2113"},"modified":"2025-02-22T20:19:17","modified_gmt":"2025-02-22T12:19:17","slug":"gurau-gatal-tapak-tangan-jadi-kenyataan-wanita-menang-jongkong-emas-rm100000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2113","title":{"rendered":"Gurau gatal tapak tangan jadi kenyataan, wanita menang jongkong emas RM100,000"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kuala Terengganu: Seorang wanita bagaikan bermimpi apabila diumumkan sebagai pemenang jongkong emas bernilai RM100,000 menerusi cabutan bertuah pada program Larian Marathon Terengganu 2025 di Dataran Batu Buruk, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Faizura Wan Arip, 44, berkata, dia tidak pernah terfikir mendapat hadiah utama sebesar itu walaupun ada menyimpan keinginan mahu menang ketika menyertai acara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak sangka keinginan mendapatkan hadiah utama cabutan bertuah ini menjadi kenyataan,&#8221; katanya yang menyertai kategori wanita veteran lima kilometer.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dia menyertai larian hanya untuk memenuhi aktiviti pagi pada hari minggu bersama rakan sekerja, namun dalam masa sama tertarik dengan tawaran hadiah cabutan bertuah jongkong emas.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia tidak terlalu berharap untuk menang memandangkan peserta larian terlalu ramai iaitu lebih 20,000 orang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun saya berpegang pada ungkapan kalau rezeki tidak ke mana. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya ,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Faizura berkata, dia tidak menyangka gurauan tapak tangan gatal dengan suami sebelum keluar rumah jam 6.30 pagi menjadi kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya ajak suami ikut tetapi dia enggan dan saya berkata kepadanya kalau saya menang jongkong emas saya akan bagi kepadanya RM20,000,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia gementar ketika menerima replika jongkong emas kerana menyangkakan ia adalah kotak berisi logam berharga berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Faizura berkata, dia akan berbincang dengan suami sama ada mahu menjual semula atau menyimpannya di bank. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kuala Terengganu: Seorang wanita bagaikan bermimpi apabila diumumkan sebagai pemenang jongkong emas bernilai RM100,000 menerusi cabutan bertuah pada program Larian Marathon Terengganu 2025 di Dataran Batu Buruk, di sini, hari&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2112,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[188,187,189],"class_list":["post-2113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-emas","tag-jongkang","tag-maraton"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2113"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2115,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2113\/revisions\/2115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2112"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}