{"id":1946,"date":"2025-02-17T14:36:32","date_gmt":"2025-02-17T06:36:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=1946"},"modified":"2025-02-17T14:42:15","modified_gmt":"2025-02-17T06:42:15","slug":"sampah-oh-sampahmentaliti-rakyat-perlu-berubah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=1946","title":{"rendered":"Sampah! oh sampah! mentaliti rakyat perlu berubah"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh MOHD LAZIM&nbsp; ENDUT<\/p>\n\n\n\n<p>MARANG: Apabila bercakap mengenai sampah, kita masih lagi agak jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju&nbsp; lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dibandingkan dengan negara jiran paling hampir, iaitu Singapura pun kita sudah kelihatan terbelakang dari aspek pengurusan dan juga kesedaran rakyat mengenai sampah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain peraturan, hukuman dan denda, sikap serta disiplin masyarakat kita mengenai sampah juga masih dianggap sebagai terkebelakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Masih ramai masyarakat kita tidak mempedulikan sampah! Ramai yang memejamkan mata apabila melihat atau terpijak sampah bertaburan di tempat tidak sepatutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, apa yang dikesalkan masih ramai yang bersikap sambil lewa terhadap sampah&nbsp; dengan bertindak membuang sisa-sisa buangan bertaburan walaupun terdapat tong-tong sampah disediakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa02086867789197490203337-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1948\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa02086867789197490203337-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa02086867789197490203337-300x225.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa02086867789197490203337-768x576.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa02086867789197490203337.jpg 1032w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Disebabkan sikap mengambil mudah inilah menyebabkan kenapa lokasi tumpuan ramai termasuk&nbsp; taman rekreasi serta kawasan pelancongan di Terengganu sentiasa dicemari sampah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sikap buruk seperti ini yang dianggap sebagai mentaliti&nbsp; kelas kedua boleh disaksikan selepas berakhirnya sesuatu program diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia termasuklah program secara terbuka atau tertutup sama ada pasar malam, aktiviti perhimpunan ataupun acara sukan yang berlangsung di stadium.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, heboh orang ramai bercakap mengenai program himpunan RX-Z yang berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.<\/p>\n\n\n\n<p>Program dihadiri lebih 40,0000 peminat motosikal dari seluruh negara. itu sedikit&nbsp; &#8216;terkehel&#8217; apabila terdapat banyak longgokan sampah yang ditinggalkan sebaik program berakhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Program berkenaan dianggap terbesar dan berjaya dalam sejarah aktiviti permotoran di Terengganu, namun ia dicacatkan dengan beberapa insiden diluar jangkaan yang tidak seharusnya berlaku termasuk longgokan sampah!.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, isu lambakan sampah ditinggalkan pengunjung menjadi perbualan hangat dan perdebatan dalam kalangan netizen Facebook (FB) ,di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"375\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa0210580689653024791911.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1949\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa0210580689653024791911.jpg 600w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa0210580689653024791911-300x188.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/img-20250216-wa0210580689653024791911-350x220.jpg 350w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mereka yang kecewa dengan sikap sesetengah pengunjung bertindak mengecam perbuatan pengunjung terbabit kerana gagal menjaga kebersihan kawasan sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ada pihak yang marah-marah apabila terdapat lambakan sampah bertaburan di sana sini di dalam stadium selepas berakhirnya perlawanan bola sepak diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan lokasi tumpuan awam seperti pantai peranginan dan pusat-pusat rekreasi tumpuan ramai yang menjadi &#8216;mangsa&#8217; pembuangan sampah oleh golongan bersikap &#8216;lepas tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menyebabkan ada netizen mendakwa, tindakan membuang sampah di merata tempat sedangkan tong sampah disediakan&nbsp; dianggap sebagai mentaliti&nbsp; kelas kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyifatkan perbuatan tersebut secara tidak langsung boleh mencerminkan tahap kesedaran masyarakat di negeri ini terhadap kebersihan alam sekitar yang masih rendah&nbsp; dan belum \u2018merdeka\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, mereka&nbsp; sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman yang&nbsp;&nbsp; tinggalkan bertaburan tanpa membuangnya ke dalam tong-tong sampah disediakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai warga&nbsp; bertanggungjawab, perbuatan seperti ini seharusnya dielakkan dan mereka sewajarnya untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menjaga kebersihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia perlu kerana Terengganu yang menekankan industri pelancongan memerlukan kerjasama rakyat bagi tujuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bagi mamastikan masalah lambakan sampah ini tidak berulang pihak pengurusan acara atau penganjur mestilah mencari satu pendekatan lebih tegas dalam setiap penganjuran&nbsp; diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak mahu hanya disebabkan sampah, imej negeri ini turut terjejas. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MOHD LAZIM&nbsp; ENDUT MARANG: Apabila bercakap mengenai sampah, kita masih lagi agak jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju&nbsp; lain. Kalau dibandingkan dengan negara jiran paling hampir, iaitu Singapura pun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1945,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[139],"class_list":["post-1946","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-sampah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1946","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1946"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1946\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1951,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1946\/revisions\/1951"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1945"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1946"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1946"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1946"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}