{"id":1939,"date":"2025-02-16T14:53:52","date_gmt":"2025-02-16T06:53:52","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=1939"},"modified":"2025-02-16T14:57:11","modified_gmt":"2025-02-16T06:57:11","slug":"presiden-pas-perlu-ditukarpandangan-tidak-masuk-akal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=1939","title":{"rendered":"Presiden Pas perlu ditukar?Pandangan tidak masuk akal"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR<\/strong>: Menjelang pemilihan Pas akhir tahun ini, muncul beberapa penganalisis politik yang mencadangkan supaya jawatan Presiden Pas ditukar dengan individu lain, meskipun parti itu kini berada pada prestasi terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyifatkan pandangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan PAS kini berada di kedudukan paling kukuh dalam sejarah politiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau merujuk kepada kejayaan Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dengan memperoleh jumlah kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, menguasai empat negeri, serta memiliki wakil di hampir semua Dewan Undangan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAgak melucukan apabila Pas berada di tahap terbaik, tiba-tiba ada yang mencadangkan supaya Presidennya digantikan. Ini sama seperti seorang pelajar yang mendapat markah cemerlang tetapi disuruh untuk meninggalkan sekolahnya. Logiknya di mana?\u201d katanya dalam kenyataannya di media sosialnya, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Ajli Parlimen Alor Setar menegaskan bahawa penganalisis politik seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada parti lain yang mengalami kemerosotan sokongan, seperti Umno dan PKR, berbanding mengkritik Pas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih mengejutkan, UMNO dan PKR yang mendapat prestasi rendah dalam pilihan raya pula mengambil langkah menghalang pertandingan bagi jawatan tertinggi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUmno telah meluluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sementara PKR sedang mempertimbangkan langkah serupa. Ini yang sepatutnya dikritik oleh penganalisis politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Afnan, Pas berbeza dengan kedua-dua parti tersebut kerana terus mengamalkan dasar keterbukaan dalam pemilihan parti, termasuk membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tanpa sebarang sekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun Pas mencapai keputusan terbaik dalam pilihan raya, tiada sebarang usul untuk menghalang pertandingan jawatan utama. Ini menunjukkan keterbukaan dan kepercayaan kepada proses demokrasi dalam parti kami,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau mengingatkan penganalisis politik supaya lebih berpegang kepada nilai akademik dan objektiviti dalam membuat analisis agar tidak dilihat sebagai berpihak atau sekadar mengikut kehendak tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasyarakat lebih menghormati penganalisis yang bersikap adil dan objektif berbanding mereka yang menganalisis mengikut kehendak pihak yang memberi ganjaran kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Afnan enggan mengulas mengenai Parti Amanah Negara (Amanah) dan menyatakan bahawa sayap pemuda parti tersebut lebih selesa berdialog dengan pasu bunga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu hak mereka. Jika mereka rasa lebih layak berdialog dengan pasu bunga, silakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha DPPM, Muhd Khidhir Izaidin, pula berkata Pemuda Amanah kelihatan terlalu terdesak untuk mendapatkan perhatian sehingga sanggup mengugut mahu meletakkan pasu bunga jika wakil DPPM tidak hadir ke debat yang mereka cadangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika Pemuda Amanah benar-benar mahu berdebat demi kepentingan umat, lebih baik mereka cari lawan yang lebih relevan\u2014seperti DAP, parti yang secara terang-terangan tidak menghormati Islam dan sering mencabar batasan umat Islam di negara ini. Atau mungkin Pemuda Amanah sendiri tidak berani menegur \u2018abang besar\u2019 mereka?\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mencadangkan Pemuda Amanah teruskan sahaja berdebat dengan pasu bunga kerana mungkin itu lebih sesuai dengan tahap dan kelayakan mereka serta boleh dimasukkan dalam buku laporan mesyuarat agung.&nbsp;&#8211; Harakahdaily<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Menjelang pemilihan Pas akhir tahun ini, muncul beberapa penganalisis politik yang mencadangkan supaya jawatan Presiden Pas ditukar dengan individu lain, meskipun parti itu kini berada pada prestasi terbaik.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1938,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[82,137],"class_list":["post-1939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-pas","tag-presiden"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1940,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1939\/revisions\/1940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1938"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}