{"id":12489,"date":"2026-10-13T13:46:35","date_gmt":"2026-10-13T05:46:35","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12489"},"modified":"2026-10-13T13:47:58","modified_gmt":"2026-10-13T05:47:58","slug":"simpanan-rm1-99-juta-lesap-kerabat-diraja-terengganu-saman-dua-bank","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12489","title":{"rendered":"Simpanan RM1.99 juta lesap, kerabat diraja Terengganu saman dua bank"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA TERENGGANU: Seorang kerabat diraja Terengganu memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan tempatan bagi menuntut semula simpanannya berjumlah keseluruhan kira-kira RM1.99 juta yang didakwa telah lesap daripada akaun simpanan peribadinya pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Writ saman tersebut difailkan menerusi dua peguamnya, Alif Danial Ahmad Shahrulnizam dan Mohd. Hazwan Hamidun dari firma guaman, Rafie &amp; Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Plaintif, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, menuntut semua wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM1,985,065 yang hilang dipulangkan semula oleh dua institusi kewangan terbabit yang dinamakan sebagai defendan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ahli perniagaan tersebut juga menuntut ganti rugi am, kos guaman dan faedah daripada kedua-dua defendan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan penyataan writ saman, plaintif yang mendakwa tidak pernah menggunakan mana-mana aplikasi pembankan dalam talian itu hanya menyedari wang simpanan di dalam dua akaun bank terbabit telah hilang pada bulan Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kunjungannya di dua cawangan bank berkenaan itu mendapati baki simpanannya masing-masing hanya tinggal RM73 dan RM99.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semakan kemudiannya mendapati kesemua transaksi pengeluaran wang simpanan mencurigakan tersebut didakwa berlaku antara September hingga Disember tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laporan polis berhubung kehilangan wang simpanan tersebut telah dibuat Tengku Ismail di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini, pada 15 Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Plaintif mendakwa tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian, memindahkan wang keluar mahupun mengesahkan sebarang transaksi dipertikai berkenaan. &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Seorang kerabat diraja Terengganu memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan tempatan bagi menuntut semula simpanannya berjumlah keseluruhan kira-kira RM1.99 juta yang didakwa telah lesap daripada akaun simpanan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12486,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,51],"tags":[3221,481,3220,1759],"class_list":["post-12489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negeri","tag-diraja","tag-duit","tag-kerabat","tag-lesap"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12489"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12490,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12489\/revisions\/12490"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12486"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}