{"id":12397,"date":"2026-09-27T14:56:35","date_gmt":"2026-09-27T06:56:35","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12397"},"modified":"2026-09-27T15:03:39","modified_gmt":"2026-09-27T07:03:39","slug":"bomba-bongkar-asrama-sarang-burung-pelajar-dalam-premis-pejabat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12397","title":{"rendered":"Bomba bongkar asrama \u2018sarang burung\u2019 pelajar dalam premis pejabat"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesan tindakan mengubah suai sebuah pejabat menjadi bilik asrama pelajar yang kecil dan dibina secara berasingan dalam premis terbabit menerusi Ops Sepadu Premis Sarang Burung di sini pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Premis di tingkat dua berkenaan dikesan mempunyai sembilan bilik kecil yang dibina secara berasingan dan dijadikan sebagai bilik asrama pelajar sekali gus tidak mematuhi beberapa syarat keselamatan bangunan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JBPM Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan serta premis di tiga lokasi lain yang diperiksa, asalnya diluluskan sebagai bangunan pejabat tetapi telah ditukar kegunaan kepada asrama pekerja dan pelajar.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam operasi ini, fokus kita adalah premis kedai atau ruang pejabat yang diubah suai secara tidak sah termasuk melihat ketidakpatuhan terhadap syarat bangunan serta aspek keselamatan kebakaran,&#8221; katanya ketika ditemui pemberita di sini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Operasi bersepadu itu dilaksanakan di empat kawasan iaitu Jalan Masjid Abidin, Jalan Engku Pengiran Anom 2, Jalan Engku Sar dan Jalan Sultan Zainal Abidin.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Nor Mahathir berkata, kesemua bangunan yang dikenal pasti itu juga didapati tidak mematuhi keperluan mengikut Jadual Kelima Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, serta didapati bahaya kebakaran yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;JBPM akan mengeluarkan notis kepada pemilik atau penyewa premis terbabit supaya mengambil tindakan menghapuskan bahaya kebakaran yang dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika pemilik atau penyewa gagal melaksanakan perkara yang ditetapkan dalam notis mengikut tempoh diberikan, kita akan menjalankan pemeriksaan kali kedua,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sekiranya pemilik atau penyewa masih gagal mematuhi notis berkenaan, pihaknya akan mengemukakan perkara itu kepada pihak pendakwaan untuk membuka kertas siasatan dan seterusnya mengambil tindakan mahkamah mengikut Seksyen 8 Akta 341.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, tempoh yang diberikan melalui notis bergantung kepada tahap pembetulan yang diperlukan, terutama bagi premis yang menukar kegunaan bangunan daripada pejabat kepada asrama.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, bagaimanapun aspek berkaitan keselamatan dan bahaya kebakaran perlu diberi perhatian serta-merta kerana premis terbabit masih diduduki.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita akan sesuaikan tempoh notis dengan keperluan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik premis namun perkara yang mustahak perlu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kemungkinan dalam tempoh seminggu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di daerah Kuala Terengganu, kita mengenal pasti empat lokasi untuk operasi kali ini dan tidak menolak kemungkinan tindakan susulan akan dilaksanakan berdasarkan hasil pemeriksaan,&#8221; katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesan tindakan mengubah suai sebuah pejabat menjadi bilik asrama pelajar yang kecil dan dibina secara berasingan dalam premis terbabit menerusi Ops&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12396,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[1534,126,3198],"class_list":["post-12397","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-burung","tag-rumah","tag-saranf"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12397"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12398,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12397\/revisions\/12398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}