{"id":12366,"date":"2026-09-23T07:52:14","date_gmt":"2026-09-22T23:52:14","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12366"},"modified":"2026-09-23T07:59:57","modified_gmt":"2026-09-22T23:59:57","slug":"tiada-bukti-piranha-berkampung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12366","title":{"rendered":"Dakwaan pembiakan ikan piranha disiasat"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPIR: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) terus memantau Empangan Klau, Raub, Pahang bagi mengesan sebarang perkembangan susulan penemuan ikan disyaki piranha pada 26 Ogos lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, berdasarkan pemantauan dan maklumat diperoleh setakat ini, pihaknya belum menemui bukti menunjuk populasi ikan larangan berkenaan sudah bertapak dan membiak di empangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Pejabat Perikanan Negeri Pahang sudah menjalankan siasatan susulan penemuan itu, manakala gambar dan rakaman video ikan berkenaan dikemukakan kepada Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan untuk penilaian teknikal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berdasarkan bahan visual diterima, ciri morfologi ikan itu konsisten dengan genus Pygocentrus, iaitu kumpulan ikan piranha.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, pengesahan sehingga peringkat spesies tidak dapat dilakukan kerana spesimen fizikal tidak tersedia untuk pemeriksaan lanjut,&#8221; katanya ketika mengulas perkembangan isu penemuan ikan disyaki piranha di Empangan Klau.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan berkata, sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 121 pemeriksaan dan tindakan verifikasi dilaksanakan di premis, kedai akuarium dan ladang ternakan ikan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pemeriksaan itu membabitkan 24 pangkalan penguatkuasaan, Pejabat Perikanan Negeri serta Ibu Pejabat Perikanan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil pemantauan berkenaan, sebanyak 17 kes direkodkan dan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb, Bagi Ikan) 1990, Akta Perikanan 1985.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebanyak 377 ikan larangan turut dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan RM16,180 berdasar nilai pasaran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tiada spesies piranha dikesan atau dirampas laggi dalam 17 kes berkenaan,&#8221; katanya. &#8211; Metro<br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPIR: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) terus memantau Empangan Klau, Raub, Pahang bagi mengesan sebarang perkembangan susulan penemuan ikan disyaki piranha pada 26 Ogos lalu. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12365,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[3191,255,3190,151],"class_list":["post-12366","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-bera","tag-ikan","tag-piranna","tag-tasik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12366","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12366"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12366\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12368,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12366\/revisions\/12368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12365"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12366"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12366"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12366"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}