{"id":12354,"date":"2026-09-22T14:58:16","date_gmt":"2026-09-22T06:58:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12354"},"modified":"2026-09-22T14:59:08","modified_gmt":"2026-09-22T06:59:08","slug":"tiga-pelakon-ditahan-polis-buru-individu-tular-video-persendakan-rukun-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12354","title":{"rendered":"Tiga pelakon ditahan, polis buru individu tular video persendakan Rukun Negara"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung penularan video pementasan teater yang didakwa mempersendakan Rukun Negara serta mengandungi unsur menyentuh sensitiviti kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan mendapati pementasan berkenaan berlangsung pada 2018 di Penang Performing Arts Centre (PenangPAC), Pulau Pinang, namun hanya tular baru-baru ini selepas rakamannya dimuat naik semula di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, daripada lima pelakon yang dikenal pasti terlibat dalam persembahan itu, tiga individu telah ditahan untuk dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada lima pelakon yang dikenal pasti, tiga telah ditahan bagi membantu siasatan. Seorang telah meninggal dunia manakala seorang lagi dipercayai berada di United Kingdom berdasarkan rekod imigresen,\u201d katanya kepada media selepas sidang med<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pementasan berdurasi kira-kira 10 minit itu dipercayai diadakan secara tertutup dan tidak menerima sebarang laporan polis ketika ia dipersembahkan lapan tahun lalu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, polis turut memberi tumpuan untuk mengesan individu yang menularkan rakaman berkenaan di media sosial.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil semakan terhadap telefon bimbit dan peranti milik individu yang ditahan tidak menemukan sebarang rakaman atau kandungan pementasan tersebut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kita sedang mengesan individu yang memuat naik dan menularkan video berkenaan kerana rakaman itu tidak ditemukan dalam simpanan mereka,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>M. Kumar berkata, ketiga-tiga individu yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, dengan tangkapan dilakukan di beberapa lokasi di Selangor dan Johor.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti latar belakang penganjuran persembahan berkenaan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.- Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung penularan video pementasan teater yang didakwa mempersendakan Rukun Negara serta mengandungi unsur menyentuh sensitiviti kaum. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[3186,3185,3187],"class_list":["post-12354","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-persenda","tag-polis-tahan-pelakon","tag-rukun-negara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12354","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12354"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12354\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12355,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12354\/revisions\/12355"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12354"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12354"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12354"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}