{"id":12300,"date":"2026-09-09T18:01:52","date_gmt":"2026-09-09T10:01:52","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12300"},"modified":"2026-09-09T18:02:44","modified_gmt":"2026-09-09T10:02:44","slug":"terengganu-cadang-tutup-4-kawasan-terumbu-karang-rosak-di-pulau-redang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12300","title":{"rendered":"Terengganu cadang tutup 4 kawasan terumbu karang rosak di Pulau Redang"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA NERUS: Kerajaan negeri mencadangkan empat daripada 15 kawasan terumbu karang yang menjadi lokasi aktiviti bersnorkel dan selam di Pulau Redang, dekat sini ditutup selama dua tahun untuk dipulihkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan penutupan Pasir Akar, Pulau Lima, Pulau Paku Besar dan Pulau Ekor Tebu yang dikenal pasti mengalami kerosakan pada tahap lebih 80 peratus itu akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk dibincangkan bersama Taman Laut, Jabatan Laut dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata cadangan itu dikemukakan pengusaha Pulau Redang dan Reef Check Malaysia susulan keadaan semakin membimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kerosakan itu bukan sahaja berpunca perubahan iklim, malah disebabkan aktiviti manusia termasuk pelancong menyentuh atau memijak karang serta pemandu bot melabuhkan sauh.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerosakan batu karang di Pasir Akar rosak agak luar biasa, meskipun dahulu ia dihiasi kilauan warna karang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerosakan batu karang di Pasir Akar rosak agak luar biasa, meskipun dahulu ia dihiasi kilauan warna karang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di Pulau Paku Besar pun sama. Ada kerosakan disebabkan perubahan iklim, tetapi paling parah kerana kerakusan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya melihat beberapa tempat yang sauh dilabuhkan di atas batu karang sehingga menyebabkan batu karang itu mati,&#8221; katanya kepada pemberita di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Razali berkata, usaha pemulihan terumbu karang sudah dilaksanakan, tetapi ia memerlukan masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, terumbu karang ditanam pada 2023 hanya tumbuh sekitar tiga hingga empat inci.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ia bukan bertujuan menyekat aktiviti pelancongan, sebaliknya memastikan sumber alam semula jadi Pulau Redang dapat dipulihkan dan terus menjadi tarikan pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, penyelam, Abdul Rahim Abdullah, berkata kali terakhir dia menyelam di Pulau Paku Besar adalah 10 tahun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika itu karang subur tetapi saya turun hari ini, hampir 99 peratus mati dan tinggal lumut,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS: Kerajaan negeri mencadangkan empat daripada 15 kawasan terumbu karang yang menjadi lokasi aktiviti bersnorkel dan selam di Pulau Redang, dekat sini ditutup selama dua tahun untuk dipulihkan. Cadangan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12299,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1811,3177,935,952,226],"class_list":["post-12300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-batu","tag-karang","tag-pulau","tag-redang","tag-tutup"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12301,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions\/12301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}