{"id":12182,"date":"2026-08-27T22:14:25","date_gmt":"2026-08-27T14:14:25","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12182"},"modified":"2026-08-27T22:20:02","modified_gmt":"2026-08-27T14:20:02","slug":"taman-mawar-bakal-jadi-kawasan-perumahan-angkat-ppkk-batu-2%c2%bd","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12182","title":{"rendered":"Taman Mawar bakal jadi kawasan perumahan angkat PPKK Batu 2\u00bd"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Kawasan Perumahan Taman Mawar, Kampung Tempurung dekat sini bakal dijadikan kawasan perumahan angkat Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Klinik Kesihatan Batu 2\u00bd, Kemaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi PPKK Batu 2\u00bd, Wan Norsuriya Wan Mokhtar berkata, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dan kebersihan dalam kalangan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, antara program yang dilaksanakan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan perumahan menerusi Program Kawalan Denggi \u201cMission Zero Denggi\u201d dengan kerjasama Klinik Kesihatan Batu 2\u00bd, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Unit Vektor dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPPKK Batu 2\u00bd turut menjadikan Surau Taman Mawar sebagai \u2018Surau Angkat\u2019 bagi menyampaikan maklumat kesihatan serta hebahan berkaitan aktiviti klinik kepada komuniti.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12184\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405-300x225.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405-768x576.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405-585x439.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260827-wa01262087268014484010405.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">AHLI Panel Penasihat Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd memasang papan maklumat kesihatan sempena Program Kawalan Denggi &#8220;Mission Zero Denggi&#8221; di Surau Perumahan Taman Mawar, Kemaman. &#8211;&nbsp; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga bercadang memperluas peranan surau sebagai lokasi saringan dan taklimat kesihatan, selain menjadi platform membincangkan hal ehwal komuniti seperti aktiviti gotong-royong,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemasangan papan Info Kesihatan dan pengiktirafan Surau Taman Mawar sebagai \u201cSurau Angkat\u201d PPKK Batu 2\u00bd, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ketua Klinik Kesihatan Batu 2\u00bd, Pakar Perubatan Keluarga Dr Nini Shuhaida Mat Harun dan wakil komuniti Taman Mawar, Julia Abu Bakar.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Norsuriya berkata, PPKK Batu 2\u00bd merancang mengadakan Program Penutup Projek Kawalan Denggi \u201cMission Zero Denggi\u201d dan Hari Terbuka PPKK Bersama Komuniti pada minggu ketiga September ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti dirancang ialah taklimat dan pameran denggi, saringan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, Anugerah Rumah Bebas Aedes serta simbolik menjadikan Taman Mawar sebagai kawasan perumahan angkat PPKK Batu 2\u00bd.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut diadakan penyampaian sijil kepada rakan strategik Projek \u201cMission Zero Denggi\u201d dan cabutan bertuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Julia Abu Bakar berkata, komuniti Taman Mawar menyambut baik cadangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai perumahan angkat PPKK Batu 2\u00bd.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok 2 (SEBARU) berkata kerjasama berterusan Klinik Kesihatan Batu 2\u00bd dan PPKK banyak membantu komuniti meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan Aedes dan denggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemoga usaha bersama ini dapat memastikan Taman Mawar bebas daripada pembiakan Aedes dan penyakit denggi,\u201d katanya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN KEMAMAN: Kawasan Perumahan Taman Mawar, Kampung Tempurung dekat sini bakal dijadikan kawasan perumahan angkat Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Klinik Kesihatan Batu 2\u00bd, Kemaman. Pengerusi PPKK&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12181,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[718,1757,3159,3160],"class_list":["post-12182","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-kesihatan","tag-klinik","tag-panel","tag-penasihat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12182","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12182"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12182\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12186,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12182\/revisions\/12186"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12181"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12182"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12182"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12182"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}