{"id":12176,"date":"2026-08-26T15:48:04","date_gmt":"2026-08-26T07:48:04","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12176"},"modified":"2026-08-26T15:59:02","modified_gmt":"2026-08-26T07:59:02","slug":"uk-eu-tegaskan-hak-pelarian-rohingya-pulang-ke-myanmar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=12176","title":{"rendered":"UK, EU tegaskan hak pelarian Rohingya pulang ke Myanmar"},"content":{"rendered":"\n<p>DHAKA: Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan 14 misi diplomatik lain hari ini menegaskan hak pelarian etnik Rohingya untuk kembali ke Myanmar, ketika krisis pelarian berkenaan memasuki tahun kesembilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan bersama itu dikeluarkan sempena Hari Peringatan Genosid Rohingya pada 25 Ogos, tarikh memperingati penghijrahan besar-besaran etnik berkenaan ke Bangladesh pada 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Bangladesh kini menempatkan kira-kira 1.2 juta pelarian Rohingya, kebanyakannya di Cox&#8217;s Bazar selepas mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, misi diplomatik berkenaan berkata, konflik yang semakin meruncing di negeri Rakhine serta peningkatan keperluan kemanusiaan menyebabkan keadaan masih belum sesuai untuk kepulangan pelarian.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"700\" height=\"394\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/images-72570346640912663500.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12179\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/images-72570346640912663500.jpg 700w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/images-72570346640912663500-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/images-72570346640912663500-585x329.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 700px) 100vw, 700px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">USAHA membawa pulang Rohingya memerlukan pendekatan strategik dan jangka panjang bagi menangani punca perpindahan, membina kepercayaan antara komuniti serta mewujudkan keamanan dan kestabilan di Myanmar.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, ketidakstabilan keselamatan, serangan udara terhadap infrastruktur awam serta sekatan bantuan dan perdagangan oleh pihak berkuasa Myanmar terus memburukkan krisis kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan tersebut turut menyebabkan lebih ramai penduduk melarikan diri ke Bangladesh dan negara lain di rantau itu, selain mengakibatkan kehilangan nyawa dalam perjalanan berbahaya melalui laut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan ketika ini tidak membolehkan penghantaran pulang dilakukan secara sukarela, selamat, bermaruah dan mampan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menegaskan usaha membawa pulang Rohingya memerlukan pendekatan strategik dan jangka panjang bagi menangani punca perpindahan, membina kepercayaan antara komuniti serta mewujudkan keamanan dan kestabilan di Myanmar.<\/p>\n\n\n\n<p>Misi diplomatik terbabit turut berikrar meneruskan kerjasama dengan Bangladesh bagi mewujudkan keadaan yang membolehkan Rohingya kembali ke negara asal mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa masyarakat antarabangsa memberi perhatian dan mengambil tindakan baharu bagi menangani nasib etnik Rohingya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata, komuniti Rohingya di Myanmar, Bangladesh dan seluruh rantau terus berdepan ketidakstabilan, perlindungan semakin terhad serta prospek penyelesaian jangka panjang yang semakin tipis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Rohingya dan komuniti lain di Myanmar turut berdepan pencabulan hak asasi manusia termasuk pembunuhan orang awam, sekatan pergerakan dan bantuan kemanusiaan, pengambilan secara paksa, penahanan sewenang-wenangnya serta keganasan seksual.<\/p>\n\n\n\n<p>Guterres turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah Rohingya yang terkorban di laut dan menggesa kerjasama serantau dipertingkat dalam operasi mencari dan menyelamat serta usaha membanteras pemerdagangan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau pada masa sama menggesa tindakan kolektif antarabangsa diperkukuh bagi mencari penyelesaian politik menyeluruh yang mampu menangani punca berpanjangan krisis di Myanmar. &#8211; Agensi<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DHAKA: Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan 14 misi diplomatik lain hari ini menegaskan hak pelarian etnik Rohingya untuk kembali ke Myanmar, ketika krisis pelarian berkenaan memasuki tahun kesembilan. Kenyataan bersama&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12175,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2836,3157,3158],"class_list":["post-12176","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-myanmar","tag-pelarian","tag-rohingya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12176","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12176"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12176\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12180,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12176\/revisions\/12180"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12176"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12176"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12176"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}