{"id":11998,"date":"2026-08-03T19:02:13","date_gmt":"2026-08-03T11:02:13","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11998"},"modified":"2026-08-03T19:02:19","modified_gmt":"2026-08-03T11:02:19","slug":"ppkk-klinik-kesihatan-batu-2-%c2%bd-semarak-bulan-kebangsaan-melalui-program-kemasyarakatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11998","title":{"rendered":"PPKK, Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd semarak Bulan Kebangsaan melalui program kemasyarakatan"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN: Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) bersama warga Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd terus memperkukuh semangat patriotisme dan kesedaran kesihatan dalam komuniti menerusi penganjuran Program Sesi Ramah Mesra PPKK dan Sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsung meriah di klinik berkenaan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi PPKK Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, Wan Norsuriya Wan Mokhtar berkata program bertemakan &#8220;Semarak Merdeka, Kibarkan Jalur Gemilang, Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati&#8221; itu merupakan program kelima yang dianjurkan hasil kerjasama PPKK dan Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd bagi tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program, antaranya majlis berbuka puasa, gotong-royong membersihkan kawasan klinik, memasak bubur asyura, pengedaran risalah mengenai bahaya denggi, khidmat nasihat pencegahan denggi dalam komuniti serta aktiviti sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"962\" height=\"1003\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa00873884604692239463399.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11996\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa00873884604692239463399.jpg 962w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa00873884604692239463399-288x300.jpg 288w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa00873884604692239463399-768x801.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa00873884604692239463399-585x610.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 962px) 100vw, 962px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">PENGERUSI&nbsp; Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, Wan Norsuriya Wan Mokhtar (tengah). &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan kakitangan klinik dan ahli PPKK. Tahun ini merupakan penganjuran kali kelima berturut-turut,&#8221; katanya ketika ditemui Suara Timur hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, program itu mendapat sokongan penuh Pakar Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, Dr Nini Shuhaida Mat Harun serta seluruh warga kerja klinik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, bagi memeriahkan sambutan, peserta bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di sepanjang laluan masuk klinik sebelum mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke semua unit di klinik.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"754\" height=\"667\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa008911149169451937336132.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11997\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa008911149169451937336132.jpg 754w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa008911149169451937336132-300x265.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/img-20260803-wa008911149169451937336132-585x518.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 754px) 100vw, 754px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">PENGERUSI Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, Wan Norsuriya Wan Mokhtar memasang Jalur Gemilang meja di kaunter masuk Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, Kemaman, hari ini. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;PPKK turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua Unit MCH, UPL, NCD, Makmal, X-Ray, TB, Farmasi dan Klinik Pergigian sebagai simbolik menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga kesihatan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Norsuriya berkata PPKK bukan sahaja aktif melaksanakan program bersama Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd, malah turut menyertai pelbagai program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman termasuk sesi dialog bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Kesihatan Awam) pada Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata PPKK bersama Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd akan terus merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dari semasa ke semasa, termasuk Program Kawalan Denggi di Kawasan Perumahan yang dijadual berlangsung di Taman Mawar, Kampung Tempurung pada Sabtu ini. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) bersama warga Klinik Kesihatan Batu 2 \u00bd terus memperkukuh semangat patriotisme dan kesedaran kesihatan dalam komuniti menerusi penganjuran Program Sesi Ramah Mesra PPKK&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11994,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[3122,718,1757,3121],"class_list":["post-11998","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-batu-2-","tag-kesihatan","tag-klinik","tag-semarak-merdeka"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11998","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11998"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11998\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11999,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11998\/revisions\/11999"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11994"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}