{"id":11992,"date":"2026-08-03T17:30:36","date_gmt":"2026-08-03T09:30:36","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11992"},"modified":"2026-08-03T17:31:37","modified_gmt":"2026-08-03T09:31:37","slug":"4-sekeluarga-maut-pikap-dihempap-pokok-di-janda-baik-seorang-lagi-parah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11992","title":{"rendered":"4 sekeluarga maut pikap dihempap pokok di Janda Baik, seorang lagi parah"},"content":{"rendered":"\n<p>BENTONG: Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pikap dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor dinaiki lima sekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain empat maut, seorang lagi mangsa membabitkan kanak-kanak dilaporkan parah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 1 tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dibantu Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik bergegas ke lokasi sebaik mendapat laporan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa membabitkan dua lelaki dewasa, seorang wanita dan seorang kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Seorang lagi penumpang membabitkan kanak-kanak lelaki dilaporkan sudah dikeluarkan orang awam dan mangsa dilaporkan parah,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Salahuddin berkata, bomba mengambil masa lebih sejam untuk membawa keluar empat mangsa tersepit dalam pikap berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>Identiti empat mangsa terbunuh belum diperoleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira 12.30 tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa yang maut ialah pemandu lelaki berusia 35 tahun, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga penumpang hadapan bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya, serta seorang lagi lelaki berusia 40 tahun yang duduk di bahagian belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berada di tempat duduk belakang cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kanak-kanak itu dipercayai kembar kepada kanak-kanak yang maut berdasarkan identiti yang ditemukan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BENTONG: Empat sekeluarga maut selepas kenderaan jenis pikap dinaiki mereka dihempap pokok di Jalan Janda Baik-Bentong, dekat Janda Baik, di sini, hari ini. Kejadian berlaku ketika kenderaan jenis Ford Raptor&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[449,1376,672,99,717,1358],"class_list":["post-11992","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dihempap","tag-empat","tag-kereta","tag-maut","tag-pokok","tag-sekeluarga"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11992","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11992"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11992\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11993,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11992\/revisions\/11993"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}