{"id":11944,"date":"2026-07-28T22:55:17","date_gmt":"2026-07-28T14:55:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11944"},"modified":"2026-07-28T22:56:06","modified_gmt":"2026-07-28T14:56:06","slug":"pusat-urut-tradisional-beroperasi-secara-haram-di-kuala-terengganu-diserbu-mbkt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11944","title":{"rendered":"Pusat urut tradisional beroperasi secara haram di Kuala Terengganu diserbu MBKT"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Premis yang dipercayai menawarkan perkhidmatan urutan tradisional secara haram di bandar raya ini diarahkan tutup serta-merta.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Rosli Latif berkata, pusat urut yang beroperasi di Dataran Emas di Jalan Sultan Sulaiman di sini, diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa pada 11 malam Rabu minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, serbuan ke pusat urutan itu dilakukan selepas sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa MBKT melakukan intipan sejak Mei lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika serbuan dilakukan, terdapat seramai enam wanita Thailand berusia antara 20 tahun dan 30 tahun dipercayai berkerja sebagai tukang urut di pusat urutan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika pemeriksaan dilakukan, kita dapati pusat urutan yang dikatakan menawarkan urutan secara tradisional itu beroperasi tanpa lesen,&#8221; katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, premis pusat urutan diusahakan bukan Islam itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak penguat kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Rosli berkata, pada malam serbuan dilakukan kebetulan terdapat beberapa pelanggan cuba memasuki ke dalam premis berkenaan dan memberi peluang kepada pegawai dan anggota penguat kuasa untuk bertindak.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, terdapat tiga pelanggan berada dalam premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita berjaya merampas dan menyita beberapa barangan digunakan termasuk enam tilam, tujuh cadar dan tuala, sehelai seluar pendek dan satu set alatan urutan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2013 MBKT, pengusaha premis urutan itu boleh dikenakan denda maksima RM1,000,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rosli juga menegaskan pemilik premis pusat urutan itu boleh dikenakan tindakan lebih berat iaitu denda sehingga RM2,000 dan dibawa ke mahkamah jika gagal menjelaskan bayaran denda dalam tempoh 14 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pemilik premis itu diberi tempoh 30 hari untuk menuntut kembali barangan yang dirampas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita ingin tegaskan, MBKT tidak akan berkompromi kepada sesiapa yang melanggar tatasusila dan undang-undang kerajaan,&#8221; katanya. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Premis yang dipercayai menawarkan perkhidmatan urutan tradisional secara haram di bandar raya ini diarahkan tutup serta-merta. Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Rosli Latif berkata, pusat urut yang beroperasi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11943,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2001,126,2036,3115],"class_list":["post-11944","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-mbkt","tag-rumah","tag-serbu","tag-urut"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11944","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11944"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11944\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11945,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11944\/revisions\/11945"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11943"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}