{"id":11840,"date":"2026-07-17T17:19:02","date_gmt":"2026-07-17T09:19:02","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11840"},"modified":"2026-07-17T17:25:10","modified_gmt":"2026-07-17T09:25:10","slug":"penduduk-taman-bukit-kuang-bantah-cadangan-bina-pusat-pembakaran-mayat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11840","title":{"rendered":"Penduduk Taman Bukit Kuang bantah cadangan bina pusat pembakaran mayat"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Penduduk Taman Bukit Kuang, Kijal di sini membantah cadangan pembinaan pusat pembakaran mayat (krematorium) berhampiran perumahan mereka kerana bimbang akan menjejaskan kesejahteraan, alam sekitar dan nilai hartanah di kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Bukit Kuang, Mohd Rusli Ibrahim berkata, pusat berkenaan didakwa akan menjadi lokasi pembakaran mayat bagi seluruh Terengganu, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, penduduk turut bimbang aktiviti pembakaran yang dijalankan semasa upacara keagamaan boleh menyebabkan debu, abu dan sisa pembakaran memasuki kediaman mereka yang telah didiami lebih 40 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, penduduk juga bimbang terhadap kemungkinan pencemaran udara, bau yang kurang menyenangkan ketika proses pembakaran, bunyi bising daripada operasi, peningkatan pergerakan kenderaan serta kesan lain yang boleh menjejaskan keselesaan hidup penduduk.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11842\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884-585x329.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/img-20260717-wa00388684479996409550884.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">TAPAK cadangan projek pembinaan pusat pembakaran mayat di Kampung Bukit Kuang, Kemaman.&nbsp; &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami juga khuatir projek ini akan menjejaskan nilai hartanah serta imej kawasan yang berada dalam zon pelancongan dengan pantai dan lokasi rekreasi yang menjadi tarikan orang ramai,&#8221; katanya kepada pemberita di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selqin itu beliau berkata, projel itu juga dibimbangi boleh menjejaslkan kesejahteraan penduduk, khususnya warga emas, kanak-kanak dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Mohd Rusli bersama kira-kira 50 penduduk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah cadangan pembinaan krematorium itu sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Rusli berkata penduduk juga bimbang sekiranya abu dan sisa operasi tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan pencemaran tanah serta memberi kesan kepada alam sekitar pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pembinaan pusat itu juga dilihat sebagai menjejaskan hak penduduk untuk menikmati persekitaran yang selesa dan boleh mengganggu keharmonian komuniti di kawasan ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, setakat hari ini lebih 800 penduduk telah menandatangani petisyen membantah projek berkenaan dan jumlah itu dijangka melebihi 1,000 orang selepas kutipan tandatangan diteruskan di Masjid Kampung Bukit Kuang selepas solat Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Razali berkata, beliau akan membawa isu yang dibangkitkan penduduk kepada pihak berkaitan untuk dipertimbangkan. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN KEMAMAN: Penduduk Taman Bukit Kuang, Kijal di sini membantah cadangan pembinaan pusat pembakaran mayat (krematorium) berhampiran perumahan mereka kerana bimbang akan menjejaskan kesejahteraan, alam sekitar dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11839,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1195,2802,541,430,1322,1136],"class_list":["post-11840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bakar","tag-bantah","tag-bina","tag-mayat","tag-penduduk","tag-pusat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11840"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11843,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11840\/revisions\/11843"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11839"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}