{"id":11826,"date":"2026-07-15T19:15:41","date_gmt":"2026-07-15T11:15:41","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11826"},"modified":"2026-07-15T19:16:47","modified_gmt":"2026-07-15T11:16:47","slug":"ahmad-badri-dilantik-pengerusi-felda-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11826","title":{"rendered":"Ahmad Badri dilantik Pengerusi FELDA baharu"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR: Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu, berkuat kuasa menggantikan Dato&#8217; Sri Ahmad Shabery Cheek yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 Jun lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>FELDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kewibawaan, integriti serta pengalaman luas Ahmad Badri dalam menerajui organisasi strategik dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, kepimpinan beliau diyakini mampu memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan pengurusan serta meneruskan agenda transformasi FELDA selaras dengan aspirasi pembangunan negara yang mampan dan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Badri mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam sektor awam dan korporat sejak menyertai perkhidmatan awam di Kementerian Kewangan pada 1989.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan strategik sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dari 2018 hingga 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Ahmad Badri pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, beliau merupakan Pengerusi RHB Bank Berhad dan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), selain Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi akademik, Ahmad Badri memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hull, United Kingdom serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, FELDA yakin kepimpinan Ahmad Badri akan terus memperkukuh agenda transformasi Kumpulan FELDA, meningkatkan kemampanan ekonomi dan mencipta nilai lebih besar kepada lebih tiga juta warga peneroka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beliau diharapkan dapat membawa FELDA melakar pencapaian baharu demi memastikan kesejahteraan warga peneroka dan kemakmuran generasi masa depan terus terpelihara,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, FELDA turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Shabery atas jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui agensi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tempoh perkhidmatan Ahmad Shabery sebagai Pengerusi FELDA berakhir pada 30 Jun lepas dan pihak pengurusan serta seluruh warga FELDA berharap asas kukuh yang dibina beliau akan terus memacu kemajuan serta kelestarian organisasi itu pada masa hadapan. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A RAHMAN KUALA LUMPUR: Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu, berkuat kuasa menggantikan Dato&#8217; Sri Ahmad Shabery Cheek&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11825,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[3100,1071,1301],"class_list":["post-11826","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-ahmad-badri","tag-felda","tag-pengerusi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11826","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11826"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11826\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11827,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11826\/revisions\/11827"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}