{"id":11706,"date":"2026-06-26T07:43:21","date_gmt":"2026-06-25T23:43:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11706"},"modified":"2026-06-26T07:44:17","modified_gmt":"2026-06-25T23:44:17","slug":"eastcoast-rallying-x-one-motorsports-jalin-kerjasama-buru-podium-pertama-di-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11706","title":{"rendered":"Eastcoast Rallying, X-One Motorsports jalin kerjasama buru podium pertama di Melaka"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN: Pasukan rali Pantai Timur, Eastcoast Rallying memulakan kempen musim 2026 dengan menjalin kerjasama strategik bersama X-One Motorsports bagi memburu podium sulung pada Kejuaraan Rali Melaka 2026 yang akan berlangsung selama dua hari di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah, Melaka bermula Sabtu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pasukan Eastcoast Rallying, Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki berkata, kerjasama itu diyakini mampu memberikan kelebihan kompetitif kepada kedua-dua pasukan menerusi perkongsian kepakaran teknikal, pengalaman serta pembangunan jentera.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, X-One Motorsports memiliki rekod cemerlang dalam arena rali tempatan dan antarabangsa, sekali gus menjadikan kolaborasi tersebut sebagai platform terbaik untuk meningkatkan prestasi pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pertukaran teknologi dan kepakaran antara kedua-dua pasukan memberikan nilai tambah kepada kami dalam usaha memburu kejuaraan, walaupun masing-masing mempunyai identiti tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11705\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031-585x329.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260625-wa01415738299421829278031.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">JENTERA pacuan 4 roda Subaru Impreza WRX Version 8 menjadi taruhan Eastcoast Rallying &#8211; X-One Motorsports untuk berentap pada Kejuaraan Milleenium Iconic Rally 2026 di Melaka.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi perlumbaan pembukaan musim ini, jumlah penyertaan kategori pacuan empat roda (4WD) turut meningkat berbanding musim lalu, sekali gus menjadikan saingan lebih kompetitif. Kerjasama ini hadir tepat pada masanya untuk menghadapi cabaran yang lebih sengit,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Syakirin yang mula berkecimpung dalam sukan rali sejak 2017 berkata, beliau optimis gandingan itu mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada kedua-dua pasukan, malah membantu merancakkan lagi perkembangan sukan rali tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Pasukan X-One Motorsports yang juga juara rali kebangsaan dua kali, Roduwan Rashid, menyifatkan perlumbaan di Melaka sebagai pentas terbaik untuk memulakan kempen musim ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami teruja untuk kembali bersaing di laluan gravel selepas beberapa tahun terjejas susulan pandemik COVID-19. Kerjasama dengan Eastcoast Rallying membuka peluang yang lebih baik untuk kedua-dua pasukan memberikan saingan dan memburu keputusan terbaik,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Roduwan, yang aktif dalam perlumbaan rali tempatan dan antarabangsa sejak 2009, yakin gabungan pengalaman serta kekuatan teknikal kedua-dua pasukan mampu diterjemahkan kepada prestasi cemerlang sepanjang musim.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejuaraan Rali Melaka 2026 yang dijenamakan sebagai Millennium Iconic Rally 2026 bermula hari ini dengan penyertaan 27 pasukan, sekali gus membuka tirai kalendar Kejuaraan Rali Malaysia musim 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Saingan kali ini turut mendapat perhatian apabila legenda rali negara, Karamjit Singh, kembali beraksi dalam kategori 4WD dengan memacu jentera Proton Gen-2, sekali gus dijangka menambah kemeriahan dan daya saing perlumbaan yang akan melabuhkan tirainya pada Ahad. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Pasukan rali Pantai Timur, Eastcoast Rallying memulakan kempen musim 2026 dengan menjalin kerjasama strategik bersama X-One Motorsports bagi memburu podium sulung pada Kejuaraan Rali Melaka 2026 yang akan berlangsung&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11704,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[3072,3074,958,3073],"class_list":["post-11706","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-eastcoast-rallying","tag-jalin","tag-kerjasama","tag-x-one-motorsports"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11706","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11706"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11706\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11707,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11706\/revisions\/11707"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11704"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}