{"id":11688,"date":"2026-06-23T13:06:19","date_gmt":"2026-06-23T05:06:19","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11688"},"modified":"2026-06-23T13:07:36","modified_gmt":"2026-06-23T05:07:36","slug":"jadual-padat-semester-baharu-tidak-halang-uc-tati-rhino-intai-podium-sukipt-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11688","title":{"rendered":"Jadual padat semester baharu tidak halang UC TATI Rhino intai podium SUKIPT 2026"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN: Kekangan jadual akademik susulan permulaan semester baharu tidak menghalang skuad ragbi Kolej Universiti TATI (UC TATI) Rhino untuk memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi temasya dwitahunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus pasukan, Ahmad Farid Ridhwan Zakaria berkata, sasaran awal yang ditetapkan adalah untuk menempatkan pasukan dalam kelompok lima terbaik daripada 65 pasukan yang bakal berentap pada edisi ketujuh kejohanan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, tempoh dua tahun antara penganjuran SUKIPT memberi ruang yang mencukupi kepada setiap pasukan untuk melakukan persiapan rapi, namun cabaran utama UC TATI Rhino adalah memastikan keseimbangan antara komitmen akademik dan latihan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai sebuah pasukan institusi pengajian tinggi, keutamaan pemain tetap terhadap pengajian masing-masing. Tambahan pula, kami bukan pasukan pilihan berbanding beberapa IPT lain yang dibarisi pemain berpengalaman di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun begitu, kami tetap optimis dan yakin mampu menamatkan saingan dalam kelompok lima pasukan terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Farid yang telah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan sejak 2016 berkata, semangat juang serta komitmen pemain menjadi faktor utama dalam usaha merealisasikan sasaran tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, kapten pasukan, Muhammad Daniell Aqtar Uzir yang bakal membuat penampilan ketiganya di SUKIPT, memasang impian untuk membantu UC TATI Rhino meraih kedudukan podium pada edisi kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin ini merupakan penampilan terakhir saya bersama pasukan kerana akan menamatkan pengajian tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap kami dapat memperbaiki pencapaian sebelum ini dan sekurang-kurangnya menghadiahkan sesuatu yang membanggakan buat pasukan sebelum saya meninggalkan arena universiti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Daniell yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik di Kolej Universiti TATI percaya pasukan mempunyai potensi untuk mencipta kejutan sekiranya berjaya mengekalkan disiplin serta konsistensi sepanjang kejohanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, acara ragbi tujuh sebelah lelaki pada SUKIPT edisi lalu dimenangi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengekalkan rekod tanpa kalah sebelum menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 21-0 pada perlawanan akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>SUKIPT 2026 dijadual berlangsung bermula 28 Ogos di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan 65 kontinjen institusi pengajian tinggi dari seluruh negara. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Kekangan jadual akademik susulan permulaan semester baharu tidak menghalang skuad ragbi Kolej Universiti TATI (UC TATI) Rhino untuk memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi temasya dwitahunan Sukan Institusi Pendidikan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11687,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[3066,2626,3063,3067,2932],"class_list":["post-11688","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-intai","tag-podium","tag-rhino","tag-sukipt","tag-uc-tati"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11688","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11688"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11688\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11689,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11688\/revisions\/11689"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11687"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11688"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11688"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11688"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}