{"id":11666,"date":"2026-06-18T17:09:45","date_gmt":"2026-06-18T09:09:45","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11666"},"modified":"2026-06-18T17:09:54","modified_gmt":"2026-06-18T09:09:54","slug":"uc-tati-rhino-anjur-program-khidmat-sosial-bersih-kubur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11666","title":{"rendered":"UC TATI Rhino anjur program khidmat sosial bersih kubur"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN:\u00a0 Kelab ragbi UC TATI Rhino memulakan kempen musim 2026 dengan menganjurkan program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan tempatan sebagai usaha membentuk sahsiah, semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pemainnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program sukarelawan itu melibatkan ahli kelab yang terdiri daripada penuntut Kolej Universiti TATI (UC TATI) dan bertujuan memperkukuh hubungan sesama pemain, pengurusan kelab serta pihak pengurusan hal ehwal pelajar universiti sempena permulaan semester baharu pada April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah program, Ammar Ashraf berkata aktiviti berkenaan menjadi platform terbaik untuk memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan ahli kelab tanpa mengira latar belakang, pengalaman atau senioriti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan satu permulaan yang baik untuk kelab ragbi dan juga semester baharu bagi setiap pelajar yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11665\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-300x225.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-768x576.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-1170x878.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997-585x439.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260618-wa01103049036112204736997.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SEBAHAGIAN daripada ahli Kelab ragbi UC TATI Rhino menyertai&nbsp; gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Kemaman, baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak membezakan pemain berdasarkan senioriti, status atau taraf. Malah, terdapat juga ahli yang tidak pernah bermain ragbi sebelum ini dan kami amat mengalu-alukan penyertaan mereka untuk mengenali serta menceburi sukan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, aktiviti membersihkan tanah perkuburan dan pelbagai program khidmat sosial lain menjadi simbol kebersamaan yang kami amalkan dalam kelab,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ammar, yang juga pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian di UC TATI, berkata program itu turut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman sebagai rakan strategik dalam penganjuran aktiviti melibatkan belia dan sukarelawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, UC TATI Rhino Rugby Club yang mempunyai 45 ahli terdiri daripada pemain dan barisan pengurusan kini giat membuat persiapan menghadapi Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2026 yang dijadual berlangsung di Universiti Malaya pada Ogos depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pendekatan berasaskan khidmat komuniti itu bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, malah membantu membentuk jati diri dan nilai kepimpinan dalam kalangan pemain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelab berkenaan berharap aktiviti luar padang seperti program khidmat masyarakat dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan yang lebih mantap dan berdaya saing menjelang kejohanan tersebut. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN:\u00a0 Kelab ragbi UC TATI Rhino memulakan kempen musim 2026 dengan menganjurkan program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan tempatan sebagai usaha membentuk sahsiah, semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pemainnya.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[2749,478,1191,3063,2932],"class_list":["post-11666","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-bersih","tag-kubur","tag-ragbi","tag-rhino","tag-uc-tati"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11666","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11666"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11666\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11667,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11666\/revisions\/11667"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11666"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11666"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11666"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}