{"id":11642,"date":"2026-06-15T22:41:03","date_gmt":"2026-06-15T14:41:03","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11642"},"modified":"2026-06-15T22:41:13","modified_gmt":"2026-06-15T14:41:13","slug":"kemaman-kumpul-300-tan-metrik-barangan-kitar-semula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11642","title":{"rendered":"Kemaman kumpul 300 tan metrik barangan kitar semula"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN: Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berjaya mengumpulkan sebanyak 300 tan metrik barangan kitar semula sepanjang tempoh enam tahun menerusi operasi Pusat Pengumpulan E-Sisa dan Kitar Semula yang diwujudkan di lot perniagaan Binjai Souq sejak Oktober 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha MPK, Sharifah Khairuzita Tuan Kechil berkata, pusat berkenaan kini menjadi tumpuan penduduk daerah itu untuk menjual barangan e-sisa, bahan kitar semula serta minyak masak terpakai.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Pendidikan Alam Sekitar \u201cKitar Sisa Kita\u201d yang berlangsung di Chukai 3R Centre, Jalan Feri Lama, di sini, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11638\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa0052371856888693524749.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SHARIFAH Khairuzita Tuan Kechil menunjukkan resit tawaran kompaun sampah sempena Perasmian Penutup Program Pendidikan Alam Sekitar \u201cKitar Sisa Kita\u201d&nbsp; di Chukai 3R Centre Jalan Feri Lama milik Majlis Perbandaran Kemaman di Kemaman, baru-baru ini. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pada program tersebut, MPK turut bekerjasama dengan beberapa agensi dan organisasi termasuk Tetrapak Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Sekolah Kebangsaan Seberang Tayor, Sally Global Sdn Bhd, Geng Plastik Ija dan Sahabat KEKKAL dalam usaha mendidik komuniti mengenai amalan penjagaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti dan model pembelajaran interaktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata. kejayaan tersebut membuktikan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa secara lestari semakin meningkat, sekali gus membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas peruntukan yang disalurkan bagi menjayakan program melibatkan komuniti dan anak-anak warga Kemaman.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11639\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00578872178704499462515.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">PENGARAH Jabatan Alam Sekitar MPK , Zulkifli Tahar (tiga kiri) menyampaikan cederahati kepada pengunjung paling aktif menghatar barangan kitar semula ke Pusat E-Waste Kemaman tahun 2025 sempena majlis perasmian Hari Pendidikan Alam Sekitar \u201cKitar Sisa Kita KITA\u201d Bersama Komuniti di Kemaman. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cTerima kasih juga kepada semua agensi dan pihak yang berganding bahu bersama MPK dalam menyampaikan ilmu berkaitan penjagaan alam sekitar kepada peserta program serta komuniti yang hadir. Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sharifah Khairuzita berkata, program pendidikan alam sekitar itu merupakan antara inisiatif yang selaras dengan Pelan Pemerkasaan Kebersihan Daerah Kemaman 2022-2030, khususnya teras melestarikan alam sekitar dan mewujudkan perbandaran mampan serta berdaya maju.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelaksanaan program berkenaan turut menjadikan aktiviti kitar semula sebagai model pendidikan yang memberi manfaat kepada komuniti dan pihak berkuasa tempatan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11641\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-1170x658.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709-585x329.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/img-20260615-wa00626231162655246407709.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SEBAHAGIAN pelajar yang yang menyertai Program Pendidikan Alam Sekitar \u201cKitar Sisa Kita\u201d di Chukai 3R Centre, Jalan Feri Lama di Kemaman baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini menepati tiga skop utama Local Agenda 21 (LA21), iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Amalan pengasingan sisa di punca melibatkan bahan seperti kertas, plastik, kotak dan minyak masak terpakai memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, aktiviti pengasingan sisa dan penghasilan produk baharu daripada bahan kitar semula berpotensi menjadi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk setempat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan program kitar semula memerlukan komitmen dan penyertaan aktif daripada seluruh lapisan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, katanya, pihak berkuasa tempatan di seluruh negara termasuk MPK terus melaksanakan penguatkuasaan kompaun serta-merta terhadap individu yang membuang sampah di kawasan awam mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan penguatkuasaan ini bukan semata-mata berbentuk hukuman, sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggalakkan orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan menjual barangan kitar semula yang ditawarkan pada harga antara RM0.40 hingga RM4 sekilogram mengikut jenis bahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sharifah Khairuzita berkata, program \u201cKitar Sisa Kita\u201d diharap dapat memberi impak positif dalam memperkukuhkan kerjasama antara MPK, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarapan saya agar lebih banyak program kolaborasi seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang,\u201d katanya. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berjaya mengumpulkan sebanyak 300 tan metrik barangan kitar semula sepanjang tempoh enam tahun menerusi operasi Pusat Pengumpulan E-Sisa dan Kitar Semula yang diwujudkan di lot&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11637,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51,48],"tags":[475,723,3057,3056,724],"class_list":["post-11642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","category-politik","tag-barang","tag-kitar","tag-limpul","tag-mpk","tag-semula"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11642"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11643,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11642\/revisions\/11643"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11637"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}