{"id":11579,"date":"2026-06-11T09:37:43","date_gmt":"2026-06-11T01:37:43","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11579"},"modified":"2026-06-11T09:37:46","modified_gmt":"2026-06-11T01:37:46","slug":"dungun-sarong-fun-run-bukan-sekadar-acara-larian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11579","title":{"rendered":"Dungun Sarong Fun Run bukan sekadar acara larian"},"content":{"rendered":"\n<p>DUNGUN: Dungun Sarong Fun Run terus membuktikan acara sukan komuniti mampu memberi impak lebih besar kepada masyarakat apabila penganjuran edisi keempatnya tampil dengan pelbagai inisiatif yang membawa manfaat secara langsung kepada penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain menghimpunkan 1,200 peserta larian santai sejauh lima kilometer (km) itu,\u00a0 program yang berlangsung di Taman Tasik Sura di sini baru-baru ini turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma serta pelbagai perkhidmatan awam yang memudahkan penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah pertandingan Amran Abdullah berkata penambahbaikan itu diperkenalkan selepas pihak penganjur melihat peningkatan penyertaan golongan berusia dalam penganjuran terdahulu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11583\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-1920x1280.jpg 1920w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-00148819749217988828.jpg 2000w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SERAMAI 1,200 peserta memeriahkan Dungun Sarong Fun Run edisi ke-4 2026\u00a0di di Taman Tasik Sura, Dungun, baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau berkata situasi itu membuka ruang kepada penganjur untuk memainkan peranan lebih besar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika sebelum ini acara larian ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar merasai pengalaman menyertai acara seumpama ini tanpa perlu ke bandar-bandar besar, kali ini kami mengambil langkah lebih jauh dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma menerusi kerjasama dengan Klinik Nova.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, pelbagai perkhidmata<br>n dan penyampaian maklumat secara terus turut diberikan kepada peserta dan pengunjung yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11584\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-1920x1280.jpg 1920w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/06\/dungun-sarong-fun-run-2026-002268908557540733788.jpg 2000w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">SEBAHAGIAN daripada peserta menggayakan kain sarong pada\u00a0 masyarakat menjayakan\u00a0 Dungun Sarong Fun Run di Taman Tasik Sura, Dungun, baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan mengambil kira beberapa insiden kesihatan yang berlaku dalam penganjuran acara sukan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya pemeriksaan awal dapat membantu peserta mengetahui status kesihatan masing-masing sebelum menyertai aktiviti lasak,&#8221; katanya kepada pemberita.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain pemeriksaan kesihatan, beberapa agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dungun, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa penyedia perkhidmatan lain turut membuka kaunter bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif itu dilihat membantu penduduk luar bandar yang sebelum ini berdepan kekangan jarak dan masa untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut diadakan pelbagai aktiviti sampingan berorientasikan keluarga seperti pertandingan mewarna, pertandingan pakaian cilik berhias serta cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata peserta dan pengunjung menyambut baik usaha berkenaan yang disifatkan menjadikan program itu lebih daripada sekadar acara larian.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang peserta, Zamri Ghani, berkata faktor jarak dan kekangan masa sering menjadi halangan untuk beliau mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana tinggal jauh dari bandar Dungun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya berharap program seperti ini diteruskan pada masa akan datang kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada saya, malah kepada ramai lagi penduduk yang hadir bersama keluarga masing-masing,&#8221; katanya yang datang dari Bukit Besi, kira-kira 80 km dari lokasi program. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DUNGUN: Dungun Sarong Fun Run terus membuktikan acara sukan komuniti mampu memberi impak lebih besar kepada masyarakat apabila penganjuran edisi keempatnya tampil dengan pelbagai inisiatif yang membawa manfaat secara langsung&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11582,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51,1],"tags":[1109,3047,2138,3046],"class_list":["post-11579","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","category-uncategorized","tag-dungun","tag-fun","tag-run","tag-sarong"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11579","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11579"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11579\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11585,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11579\/revisions\/11585"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11579"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11579"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11579"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}