{"id":11564,"date":"2026-06-07T21:41:26","date_gmt":"2026-06-07T13:41:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11564"},"modified":"2026-06-07T21:43:46","modified_gmt":"2026-06-07T13:43:46","slug":"suami-dalam-penjara-isteri-dicekup-khalwat-dengan-lelaki-bujang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11564","title":{"rendered":"Suami dalam penjara, isteri dicekup khalwat dengan lelaki bujang"},"content":{"rendered":"\n<p>MELAKA: Seorang kerani berstatus isteri orang yang suaminya sedang menjalani hukuman penjara dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Batu Berendam di sini Jumaat lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memeriksa rumah berkenaan dalam operasi dijalankan sekitar 12.30 malam, selepas menerima aduan awam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan menemukan wanita berusia 36 tahun itu di dalam rumah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemeriksaan lanjut kemudian menemukan seorang lelaki berusia 36 tahun sedang bersembunyi di dalam almari di tingkat atas rumah tersebut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiasatan awal mendapati lelaki terbabit masih bujang manakala wanita itu sudah berkahwin,\u201d katanya pada Ahad.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kedua-duanya gagal mengemukakan sebarang dokumen atau hubungan mahram.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau menjelaskan tindakan penguatkuasaan berterusan dijalankan JAIM bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya sebagai usaha mendidik masyarakat mematuhi tuntutan agama.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga katanya, bagi mengelak perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah dan bertentangan dengan hukum syarak. &#8211; Sinar<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Seorang kerani berstatus isteri orang yang suaminya sedang menjalani hukuman penjara dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Batu Berendam di sini Jumaat lalu. Penguat kuasa Jabatan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11563,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[342,158,310,101],"class_list":["post-11564","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-isteri","tag-khalwat","tag-penjara","tag-suami"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11564","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11564"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11564\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11565,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11564\/revisions\/11565"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11563"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11564"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11564"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11564"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}