{"id":11448,"date":"2026-05-22T12:59:54","date_gmt":"2026-05-22T04:59:54","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11448"},"modified":"2026-05-22T13:00:33","modified_gmt":"2026-05-22T05:00:33","slug":"pas-kaji-semula-hubungan-dengan-bersatu-abdul-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11448","title":{"rendered":"Pas kaji semula hubungan dengan Bersatu &#8211; Abdul Hadi"},"content":{"rendered":"\n<p>MARANG: Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Bersatu yang menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, Pas mahu memperbanyakkan lagi penyertaan komponen dalam gabungan tersebut demi memperkasakan agenda Melayu-Islam, namun langkah itu tidak dipersetujui pihak berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHal-hal seperti ini akan kita kaji dan teliti satu persatu untuk melihat tindakan selanjutnya. Pilihan raya ini ada untung ruginya dan melibatkan soal sokongan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau menjejaskan Perikatan Nasional dalam pilihan raya, maknanya kita tidak mengikut apa yang sepatutnya,\u201d katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Rusila, di sini pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Diminta mengulas lanjut sama ada Pas akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika tiada kata sepakat dicapai, Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bersendirian memandangkan Pas masih memegang peranan sebagai pengerusi PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan berhubung status keahlian Bersatu dalam gabungan itu menjelang PRU ke-16 (PRU16) nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu satu kemungkinan yang tidak boleh dijawab sekarang sebab ia belum berlaku. Biar ia berlaku dahulu. Dalam politik ini ada banyak kemungkinan. Cuma untuk masa hadapan, Bersatu tidak boleh lagi berbuat macam dahulu,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, menyentuh mengenai dakwaan bahawa Pas sudah dua kali \u2018dipermainkan\u2019 oleh Bersatu, Abdul Hadi berkata, Pas memilih untuk mengambil pendekatan bersabar, namun mengingatkan bahawa kesabaran itu ada hadnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendedahkan realiti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, yang mana Bersatu menuntut jumlah calon yang banyak namun tidak mempunyai jentera yang mencukupi untuk bekerja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka ada calon, tetapi petugasnya terlampau sedikit berbanding jumlah keahlian yang didakwa beribu-ribu orang. Akhirnya apabila kita turun, yang bekerja di lapangan hanyalah ahli-ahli Pas sahaja. Itu realiti yang berlaku dan kita mengambil kira semua aspek ini,\u201d katanya sambil menegaskan Pas tidak akan tunduk kepada kemahuan Bersatu dalam isu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, Abdul Hadi memaklumkan Pas telah menghantar surat kepada Bersatu pada 9 Mei lalu, selain perbincangan secara bersemuka juga telah dilakukan dalam mesyuarat PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun tiada tarikh akhir ditetapkan untuk mendapatkan jawapan daripada Bersatu, Pas telah menugaskan Majlis Syura Ulama, Lajnah Pilihan Raya dan bahagian penyelidikan parti untuk memperincikan isu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya sama ada kemelut terbaharu ini akan menjejaskan prestasi PN pada PRU akan datang, Ahli Parlimen Marang itu yakin kekuatan Pas tidak akan terjejas sama sekali dan parti itu sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa tidak menjejaskan Perikatan Nasional. Kita masih bertanding atas nama Perikatan Nasional dan Pas masih berada di dalamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPas adalah penggerak utama Perikatan Nasional dan pimpinan ada hak untuk menentukan hala tuju dalam pilihan raya,\u201d katanya. &#8211; Sinar<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG: Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11447,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[190,624,1657,82,515],"class_list":["post-11448","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hubungan","tag-kaji","tag-pas","tag-pn"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11448","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11448"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11448\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11449,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11448\/revisions\/11449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11447"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11448"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11448"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11448"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}