{"id":11336,"date":"2026-05-14T16:14:26","date_gmt":"2026-05-14T08:14:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11336"},"modified":"2026-05-14T16:15:55","modified_gmt":"2026-05-14T08:15:55","slug":"jangan-terpedaya-agenda-pecah-belah-razali-idris-tempelak-penganalisis-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11336","title":{"rendered":"&#8216;Jangan Terpedaya Agenda Pecah Belah&#8217; &#8211; Razali Idris Tempelak Penganalisis Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>KEMAMAN: Kenyataan seorang penganalisis politik yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Perikatan Nasional (PN) mengundang reaksi keras pimpinan Bersatu Terengganu yang menyifatkannya sebagai cubaan terancang untuk memecah-belahkan gabungan pembangkang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Bersatu Terengganu, Razali Idris menegaskan pandangan dikemukakan Ahmad Zaharuddin Sani bukan sahaja dangkal, malah berbaur provokasi politik yang didakwa bertujuan melaga-lagakan komponen dalam PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, cadangan supaya PAS bergerak secara solo hanyalah naratif \u201ckitar semula\u201d pihak lawan yang semakin gusar terhadap peningkatan sokongan rakyat terhadap PN menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang ghairah suruh PN berpecah biasanya bukan penyokong PN. Mereka tahu bila PN bersatu, kekuatan rakyat sukar digugat,\u201d katanya dalam satu hantaran menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Razali turut menyifatkan dakwaan kononnya Bersatu sedang \u201creput\u201d sebagai persepsi sengaja dimainkan bagi melemahkan moral penyokong serta menggugat keyakinan akar umbi terhadap gabungan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan setiap gabungan politik mempunyai cabaran tersendiri, namun ia bukan alasan untuk menggugat kesepakatan yang telah dibina atas dasar kepercayaan dan perjuangan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sebarang perbezaan pandangan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan juga tidak boleh dianggap sebagai pendirian rasmi parti, sebaliknya mencerminkan amalan demokrasi yang subur dalam PN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS dan Bersatu kekal komited dalam kerangka besar PN demi kestabilan politik dan masa depan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Razali berkata PN ketika ini memiliki barisan pimpinan berpengalaman yang telah teruji dalam mendepani pelbagai krisis nasional dan politik, sekali gus mampu mengurus sebarang isu dalaman secara matang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa sebarang usaha memecahkan kerjasama PAS dan Bersatu hanya akan menguntungkan pihak lawan melalui perpecahan undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kekuatan PAS di kawasan tradisional dan pengaruh Bersatu di kawasan bandar serta nasional merupakan kombinasi penting yang tidak boleh dipisahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan rekod PN sebagai kerajaan yang prihatin dan efisien masih mendapat perhatian rakyat, selain menjadi simbol kepada politik berteraskan integriti dan nilai bersih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan biarkan suara-suara sumbang dari luar menentukan haluan perjuangan kita. PN akan terus kekal sebagai blok politik yang bersih, stabil dan berintegriti untuk memimpin Malaysia,\u201d katanya lagi. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEMAMAN: Kenyataan seorang penganalisis politik yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Perikatan Nasional (PN) mengundang reaksi keras pimpinan Bersatu Terengganu yang menyifatkannya sebagai cubaan terancang untuk memecah-belahkan gabungan pembangkang itu.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11335,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[2639,190,2990,2991,2992],"class_list":["post-11336","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agenda","tag-bersatu","tag-datu-razali","tag-idris","tag-pecah-belah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11336"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11337,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11336\/revisions\/11337"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}