{"id":11321,"date":"2026-05-14T07:19:13","date_gmt":"2026-05-13T23:19:13","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11321"},"modified":"2026-05-14T07:22:43","modified_gmt":"2026-05-13T23:22:43","slug":"piala-agong-terengganu-waspada-ancaman-kelantan-di-kuala-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11321","title":{"rendered":"Piala Agong: Terengganu waspada ancaman Kelantan di laman sendiri"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu dijangka berdepan ujian getir apabila melayan kunjungan Kelantan dalam aksi kedua Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 di Kuala Terengganu, Sabtu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertembungan itu dilihat antara aksi tumpuan minggu ini selepas Kelantan mencipta kejutan besar pada perlawanan pembukaan apabila menewaskan juara bertahan, PDRM sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara pencabar utama musim ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal mengakui pasukannya masih mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki walaupun berjaya meraih kemenangan tipis pada aksi pertama minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11319\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00029129437562798258823.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">HAFIIZH Zainal (tengah) kini dalam misi memburu kemenangan kedua kejuaraan ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini untuk bertemu Kelantan pada Sabtu ini bertempat di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Sabtu ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurutnya, aspek komunikasi serta kesilapan mudah dalam kalangan pemain hampir mengundang padah dan perkara itu menjadi fokus utama pasukan menjelang aksi menentang Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemenangan pertama minggu lalu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sepenuhnya kerana masih banyak kesilapan mudah dilakukan sehingga memberi kelebihan kepada pihak lawan dan menyebabkan kami hanya menang tipis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKomunikasi dalam pasukan juga menjadi antara kelemahan utama pada perlawanan pertama dan beberapa perkara telah diperbaiki sepanjang sesi latihan minggu ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11320\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/img-20260514-wa00065240883670302970545.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">PEMAIN pasukan ragbi 15 sepasukan Terengganu kini giat menjalani latihan menjelang perlawanan pertama di laman sendiri bertemu Kelantan dalam aksi kedua peringkat kumpulan Piala Agong edisi ke-42 musim ini pada Sabtu ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai tuan rumah, sudah tentu tekanan semakin dirasai lebih-lebih lagi selepas Kelantan berjaya menewaskan PDRM yang juga juara bertahan. Mereka pasti hadir dengan reputasi besar selaku antara pasukan pilihan musim ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, misi kami tetap sama iaitu mahu memastikan kemenangan pertama di laman sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hafiizh yang buat pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di pentas Piala Agong berkata, beliau tidak melihat Kelantan sebagai pasukan \u2018underdog\u2019 musim ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pasukan dari Pantai Timur itu dibimbing bekas jurulatih kebangsaan yang berpengalaman selain diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan yang mampu memberi cabaran sengit kepada mana-mana pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKelantan memiliki barisan pemain berkualiti dan pengalaman besar di peringkat kebangsaan. Jadi kami perlu tampil lebih berdisiplin dan konsisten sepanjang perlawanan jika mahu meraih kemenangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas aksi pembukaan minggu lalu, Terengganu dan Kelantan masing-masing mengumpul tiga mata untuk berkongsi kedudukan teratas Kumpulan B.<\/p>\n\n\n\n<p>Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga ketiga manakala penyandang juara, PDRM menghuni kedudukan tercorot kumpulan selepas tewas pada aksi pertama.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam saingan Kumpulan A pula, Johor dan Negeri Sembilan turut berkongsi tiga mata di dua kedudukan teratas, diikuti ATM dan Kedah, sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya berada di tangga terakhir kumpulan. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu dijangka berdepan ujian getir apabila melayan kunjungan Kelantan dalam aksi kedua Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 di Kuala Terengganu, Sabtu ini. Pertembungan itu dilihat antara&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11318,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[2985,164,323,43],"class_list":["post-11321","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-acaman","tag-agong","tag-piala","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11321"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11323,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11321\/revisions\/11323"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11318"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}