{"id":11286,"date":"2026-05-12T19:56:30","date_gmt":"2026-05-12T11:56:30","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11286"},"modified":"2026-05-12T20:01:16","modified_gmt":"2026-05-12T12:01:16","slug":"syarikat-perniagaan-mengaku-salah-dua-pertuduhan-jual-produk-tembakau-tidak-patuhi-peraturan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11286","title":{"rendered":"Syarikat perniagaan mengaku salah dua pertuduhan jual produk tembakau tidak patuhi peraturan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Sebuah syarikat perniagaan didenda RM16,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menjual produk tembakau yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan di premis perniagaannya pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Majistret Marsha Abdul Malik menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik syarikat berkenaan selaku orang kena saman (OKS) selepas pihaknya mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara selama setahun sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Bagaimanapun, OKS membayar denda tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan fakta kes, kesalahan itu dikesan menerusi Operasi Kawalan Penjualan Produk Merokok yang dijalankan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di premis perniagaan berkenaan pada Oktober tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil pemeriksaan dan penggeledahan di premis itu menemukan serta menyita sebanyak 41 paket rokok pelbagai jenama bernilai RM262.50.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada jumlah itu, pemeriksaan pertama menemukan lapan paket rokok jenama Surya Gudang Garam manakala pemeriksaan kedua menemukan 33 paket rokok jenama Bosston.<\/p>\n\n\n\n<p>OKS didapati menjual produk tembakau tidak mengikut harga jualan minimum yang ditetapkan iaitu RM12 bagi setiap paket selain menjual produk tembakau tanpa label amaran kesihatan seperti diperuntukkan di bawah undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan berhujah bahawa kerajaan mewartakan peraturan penjualan produk tembakau di bawah Akta 852 bagi memperketat kawalan penjualan produk merokok khususnya bagi mengelakkan golongan bawah umur memperoleh akses mudah untuk membeli produk berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (KPPKP), Mohd Azman Mohd Ramli dengan dibantu Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP), Mohd Nasir Mohd Shaari.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pertuduhan pertama, OKS didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta 852 dibaca bersama Peraturan 5(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Kawalan Penjualan) 2024 [P.U. (A) 260] kerana menjual produk tembakau dalam bungkusan yang tidak mempunyai label amaran kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 10(2)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pertuduhan kedua pula, OKS didakwa mengikut Seksyen 10(1) Akta 852 dibaca bersama Peraturan 9(1) peraturan sama kerana menjual produk tembakau pada harga di bawah harga jualan minimum yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sabit kesalahan, tertuduh turut berdepan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Sebuah syarikat perniagaan didenda RM16,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menjual produk tembakau yang tidak mematuhi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[279,2975,861,2974],"class_list":["post-11286","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-jual","tag-peraturan","tag-produk","tag-tembakau"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11286","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11286"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11286\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11287,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11286\/revisions\/11287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11286"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11286"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11286"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}