{"id":11267,"date":"2026-05-09T12:36:32","date_gmt":"2026-05-09T04:36:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11267"},"modified":"2026-05-09T12:38:07","modified_gmt":"2026-05-09T04:38:07","slug":"umno-ajak-bekas-pemimpin-bersatu-dipecat-sertai-rumah-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11267","title":{"rendered":"UMNO ajak bekas pemimpin BERSATU dipecat sertai Rumah Bangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Selepas BERSATU dilihat melaksanakan langkah pembersihan dalam parti dengan memecat serta menggantung beberapa pemimpinnya semalam, UMNO pula tampil mengajak mereka untuk menyertai Rumah Bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli BERSATU yang dipecat atau digantung itu ke Rumah Bangsa, iaitu gagasan bagi penyatuan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lagipun semuanya berasal dari rahim UMNO juga, bagaikan sirih pulang ke gagang,&#8221; katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Lembaga Disiplin BERSATU memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu, manakala tujuh lagi wakil rakyatnya digantung keahlian selama dua penggal pemilihan, berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua ADUN yang dipecat ialah wakil rakyat di Kedah membabitkan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang) yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, serta Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) yang juga Ketua BERSATU Bahagian Alor Setar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali ke parti itu tanpa syarat.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, pelawaan di bawah inisiatif &#8216;Rumah Bangsa&#8217; itu juga dibuka kepada mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan parti itu untuk menyertai UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Asyraf Wajdi yang dihubungi berkata, UMNO perlu berjiwa besar untuk mendakap kembali setiap insan yang pernah lahir, membesar dan menginap di &#8216;Rumah Bangsa&#8217; mereka sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kembalinya semua bekas pemimpin UMNO berupaya memperkuat lagi parti dan memperteguh Rumah Bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebagaimana saranan Presiden, kita kena menerima hakikat bahawa UMNO mesti berjiwa besar untuk mendakap kembali setiap insan yang pernah lahir, membesar dan menginap di Rumah Bangsa UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bak kata pepatah, sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Mudah-mudahan semuanya akan memperkuatkan lagi UMNO dan memperteguh Rumah Bangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian bagi mengulas komen diutarakan netizen yang mempertikaikan langkah dibuat UMNO itu kerana ia dilihat memberi laluan dan kerusi kepada &#8216;orang luar&#8217;, dan dalam masa sama mengabaikan pemimpin parti sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut berkata, sehingga kini ahli baharu UMNO mencecah 17,000 melalui pendaftaran secara atas talian sejak dua minggu lebih platform itu dilancarkan. &#8211; Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Selepas BERSATU dilihat melaksanakan langkah pembersihan dalam parti dengan memecat serta menggantung beberapa pemimpinnya semalam, UMNO pula tampil mengajak mereka untuk menyertai Rumah Bangsa. Setiausaha Agung UMNO, Datuk&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11266,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[1720,190,126],"class_list":["post-11267","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bangsa","tag-bersatu","tag-rumah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11267","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11267"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11268,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11267\/revisions\/11268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11266"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}