{"id":11093,"date":"2026-04-23T09:25:46","date_gmt":"2026-04-23T01:25:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11093"},"modified":"2026-04-23T09:26:44","modified_gmt":"2026-04-23T01:26:44","slug":"dua-beradik-gembira-terima-kunci-rumah-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11093","title":{"rendered":"Dua beradik gembira terima kunci rumah baharu"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah dua keluarga adik-beradik di Kampung Tanah Lot, Binjai di sini apabila akhirnya dapat menarik nafas lega selepas menerima kunci rumah baharu yang lebih selesa untuk didiami hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas menanti hampir dua tahun, pasangan adik-beradik Ramli Muda, 46, dan Kamaruddin Muda, 42, kini mampu memulakan lembaran baharu kehidupan selepas kediaman lama mereka musnah dalam satu kebakaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyerahan kunci rumah tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Terengganu, Datuk Haji Abdul Kahar Abdul Latif menerusi Program Rumah Kasih Ihsan, hasil inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"791\" height=\"741\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260422-wa011511830604072048577181.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11097\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260422-wa011511830604072048577181.jpg 791w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260422-wa011511830604072048577181-300x281.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260422-wa011511830604072048577181-768x719.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260422-wa011511830604072048577181-585x548.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 791px) 100vw, 791px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">ABDUL Kahar Abdul Latif (tengah) menyerahkan kunci rumah kepada Kamarudin Muda dan abangnya Ramli Muda sempena Program Rumah Kasih Ihsan sumbangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Tanah Lot, Binjai, Kemaman. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Abdul Kahar berkata, pihaknya sentiasa komited memastikan kebajikan rakyat terus terbela melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berteraskan nilai ihsan dan kesejahteraan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek Rumah Kasih Ihsan kategori bina baharu ini merupakan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menyediakan kediaman yang selesa dan selamat kepada golongan yang memerlukan, sekali gus mengembalikan sinar harapan kepada mereka yang diuji,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, bantuan seumpama itu bukan sahaja memberi perlindungan fizikal, malah turut menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih stabil dan bermaruah bagi penerima.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan Program Ziarah Syifa dengan menyampaikan sumbangan kepada Kamal Naufal Kamaruddin, 16, anak kepada salah seorang penerima rumah, yang mengalami kemalangan jalan raya pada Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11096\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-300x200.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-768x512.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-1170x780.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-585x390.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961-263x175.jpg 263w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/img-20260423-wa00811248096030052870961.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">ABDUL Kahar Abdul Latif (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Kamal Naufal Kamaruddin pada program Ziarah Syifa sempena Program Rumah Kasih Ihsan sumbangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Tanah Lot, Binjai, Kemaman. &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Insiden tersebut menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan serius termasuk kecederaan otak serta kehilangan penglihatan pada mata kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Kahar berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan keluarga terlibat, malah sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang berdepan ujian hidup.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai kemanusiaan, ihsan dan keseimbangan dalam pembangunan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan, keprihatinan terhadap nasib rakyat, khususnya mereka yang berada dalam kesusahan, akan terus menjadi keutamaan agar tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan. <\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Tambahnya, kerajaan percaya kesejahteraan akyat merupakan asas penting kepada kemakmuran negara, justeru pelbagai program kebajikan akan terus diperkasa bagi memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa, selamat dan bermaruah. &#8211; Suara Timur <\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah dua keluarga adik-beradik di Kampung Tanah Lot, Binjai di sini apabila akhirnya dapat menarik nafas lega selepas menerima kunci rumah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11095,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1023,1716,405,126,1216],"class_list":["post-11093","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-baharu","tag-beradik","tag-dua","tag-rumah","tag-terima"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11093"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11099,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11093\/revisions\/11099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}