{"id":11042,"date":"2026-04-15T16:22:16","date_gmt":"2026-04-15T08:22:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11042"},"modified":"2026-04-15T17:29:05","modified_gmt":"2026-04-15T09:29:05","slug":"tompokan-minyak-cemari-pantai-teluk-kalong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=11042","title":{"rendered":"Tompokan minyak cemari Pantai Teluk Kalong"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Penduduk yang tinggal berhampiran Pantai Teluk Kalong di sini bimbang dengan pencemaran dipercayai tompokan sisa-sisa minyak mencemari kawasan pantai peranginan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka risau tompokan sisa-sisa minyak tersebut bukan sahaja mencemari keindahan pantai berkenaan malah turut mengancam pelbagai hidupan laut.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk mendakwa, tompokan tumpahan sisa-sisa minyak itu mula dikesan kira-kira dua hari lalu dipercayai berpunca aripada kapal yang berlabuh di pelabuhan berhampiran pantai berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinjauan di pantai berkenaan mendapati terdapat tompokan sisa-sisa minyak sepanjang kira-kira dua kilometer memenuhi kawasan pesisir pantai itu serta menghasilkan bau kurang selesa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-1024x577.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11044\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-1024x577.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-1536x865.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-1920x1081.jpg 1920w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-1170x659.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076-585x329.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/20260414_1506451044479785921601076.jpg 2000w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">ANGGOTA JAS memantau pencemaran tompokan minyak menggunakan teknologi&nbsp; dron di Pantai Teluk Kalong, Kemaman. <\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beberapa nelayan pantai turut menemui pelbagai bangkai hidupan laut termasuk sotong dan ikan di sepanjang pantai itu dipercayai mati akibat pencemaran berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk, Mohammad Hasban Khalid berkata, kawasan pantai peranginan itu telah dicemari sisa-sisa arang batu dan terbaharu sisa-sisa minyak dipercayai daripada kapal yang berlabuh berdekatan pantai ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pencemaran tersebut mengakibatkan hasil tangkapan nelayan pantai berkurangan apabila banyak ikan dan sotong telah mati dan pendapatan mereka terjejas,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk, Mohd Noor Ali pula berkata,&nbsp; pencemaran tompokan minyak itu menjejaskan kehadiran pengunjung di pantai tersebut untuk beriadah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya bimbang kehadiran pengunjung di pantai ini akan semakin berkurangan sekiranya kawasan ini sering diancam pencemaran,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi penduduk, Mohd Azrol Naim Rahim berkata, kebanyakan pengunjung gemar mandi di Pantai Teluk Kalong kerana airnya bersih sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun katanya, pencemaran tersebut menyebabkan pengunjung tidak selamat untuk mandi kerana bimbang air laut tercemar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Hamzah Mohamad ketika dihubungi memaklumkan, sampel minyak berkenaan telahpun diambil bagi tujuan pengesanan dan analisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Hamzah, pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Kemaman bagi menyelaras kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di pantai berkenaan mengikut pelan tindakan ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamzah berkata, JAS sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Penduduk yang tinggal berhampiran Pantai Teluk Kalong di sini bimbang dengan pencemaran dipercayai tompokan sisa-sisa minyak mencemari kawasan pantai peranginan itu. Mereka risau tompokan sisa-sisa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":11046,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1321,461,128,2927],"class_list":["post-11042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-cemar","tag-minyak","tag-pantai","tag-teluk-kalong"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11042"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11054,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11042\/revisions\/11054"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11046"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}