{"id":10923,"date":"2026-04-04T15:20:20","date_gmt":"2026-04-04T07:20:20","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10923"},"modified":"2026-04-04T15:20:49","modified_gmt":"2026-04-04T07:20:49","slug":"cuaca-panas-di-terengganu-tingkatkan-permintaan-baiki-kipas-pendingin-hawa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10923","title":{"rendered":"Cuaca panas di Terengganu tingkatkan permintaan baiki kipas, pendingin hawa"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Cuaca panas yang melanda negeri ini bukan sahaja memberi kesan kepada rutin harian penduduk malah turut meningkatkan permintaan terhadap peralatan penyejuk seperti kipas dan pendingin hawa .<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi itu turut memberi rezeki kepada pengusaha kedai membaiki barangan elektrik yang kini menerima lebih banyak permintaan untuk membaiki kipas rosak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilik kedai membaiki barangan elektrik di Kampung Bukit Kubang Jambu, Muhammad Faizan Ali, 45, berkata, kebanyakan pelanggan datang dengan masalah kipas yang tidak berfungsi dengan baik atau berputar perlahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ada juga yang membawa kipas lama untuk dibaiki semula berikutan keadaan cuaca panas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam sehari saya boleh baiki sehingga empat kipas bergantung kepada tahap kerosakan selain mempunyai alat ganti dalam simpanan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kadar bayaran membaiki kipas pula bermula serendah RM10 hingga RM100 bergantung kepada jenis kerosakan serta keperluan alat ganti yang digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kebiasaannya sekiranya kadar bayaran yang tinggi kerana alat ganti perlu dibuat pesanan, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jumlah kipas yang dibaiki antara 15 hingga 20 unit sebulan ketika musim panas berbanding hari-hari biasa hanya 10 unit sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap tahun apabila tiba musim panas akan berlaku lonjakan kerja membaiki kipas berikutan orang ramai ingin kediaman mereka berada dalam keadaan sedikit sejuk,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, peningkatan suhu panas turut memberi kesan kepada jualan peralatan elektrik baharu apabila permintaan terhadap kipas dan pendingin hawa dilihat melonjak dengan mendadak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurus kedai elektrik, Mohd Faiz Farhan Mohamad, 38, berkata, jualan kedua-dua peralatan itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding bulan biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Memang nampak perbezaan ketara bulan ini malah ada juga dalam seminggu itu kami berjaya menjual sehingga 100 unit kipas dan pendingin hawa berbanding bulan sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Permintaan terlalu tinggi sehingga ada pelanggan terpaksa menunggu giliran untuk pemasangan kerana juruteknik kami tidak sempat memenuhi semua tempahan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, keadaan itu dijangka berterusan sekiranya cuaca panas berpanjangan sekali gus menunjukkan kebergantungan orang ramai terhadap peralatan penyejuk bagi memastikan keselesaan di kediaman masing-masing. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Cuaca panas yang melanda negeri ini bukan sahaja memberi kesan kepada rutin harian penduduk malah turut meningkatkan permintaan terhadap peralatan penyejuk seperti kipas dan pendingin hawa . Situasi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10922,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1609,241,43],"class_list":["post-10923","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-cuaca","tag-panas","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10923","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10923"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10923\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10924,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10923\/revisions\/10924"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10922"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10923"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10923"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10923"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}