{"id":10761,"date":"2026-03-07T10:24:35","date_gmt":"2026-03-07T02:24:35","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10761"},"modified":"2026-03-07T10:25:18","modified_gmt":"2026-03-07T02:25:18","slug":"solat-tarawih-berbumbungkan-langit-di-bukit-bayas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10761","title":{"rendered":"Solat Tarawih berbumbungkan langit di Bukit Bayas"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Solat Isyak dan Tarawih disifatkan paling &#8216;rare&#8217; berikutan hanya menggunakan kanvas, karpet serta berbumbungkan langit yang dilakukan di tanah lapang di kawasan, Bukit Bayas, dekat sini, sejak awal Ramadan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pengasas, Maktab Darjah Satu (Madas) Center, Mohd Khairul Fadhli Muhammad, 39, idea menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah secara &#8216;out door&#8217; bertujuan untuk menarik golongan muda sama-sama beribadah pada Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, selain dilakukan di kawasan lapang berbumbungkan langit, solat Tarawih ini boleh dikatakan pertama dilakukan secara terbuka di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tujuan kami hendak tarik anak-anak muda iaitu Gen Z, selain itu bacaan juga sedikit &#8216;dilajukan&#8217; daripada kebiasaannya dan bagi solat lapan rakaat hanya mengambil masa lima hingga enam minit.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala bagi solat 20 rakaat termasuk tiga solat sunat Witir hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit keseluruhannya,&#8221; katanya ketika ditemui di kawasan lapang tapak pasar malam Bukit Bayas, dekat sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pihaknya sudah meminta keizinan daripada pihak yang menjaga tapak berkenaan untuk menjadikan salah satu lokasi menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alhamdulillah, ia mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat setempat terutama generasi muda, kami lakukan ini bertujuan juga untuk memudahkan golongan yang tidak berkemampuan dari segi fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Golongan tua yang mempunyai masalah sakit lutut serta sendi dan sebagainya juga memanfaatkan cara dan pendekatan yang kami lakukan ini kerana dapat meringankan mereka untuk beribadah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, hukum dalam setiap solat tetap dijaga namun ia dilakukan sedikit laju dan ia betul mengikut syariat serta mengikut mazhab empat imam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tahun ini adalah tahun pertama solat Tarawih berbumbungkan langit diadakan dan Insya-Allah tahun akan datang pihaknya akan melaksanakannya lagi kerana ia dilihat satu pendekatan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Khairul berkata, pada mulanya kira-kira 20 jemaah saja menghadiri solat sunat Tarawih yang dianjurkan namun kini sudah melebihi 80 jemaah yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Untuk persediaan sekiranya hujan, kami juga menyediakan khemah bagi membolehkan jemaah beralih menunaikan solat sekiranya hujan berlaku,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Khairul berkata, Madas yang baharu ditubuhkan pada September tahun lalu adalah kelas mempelajari ilmu asas fardhu ain secara dalam talian di aplikasi TikTok yang dilaksanakan secara percuma.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami kini mempunyai 4,000 pelajar dari seluruh negara dan kita mengajar asas fardhu ain kepada peserta seperti mana murid-murid darjah satu di sekolah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kaedah santai ini dilihat satu alternatif buat orang ramai yang ingin menunaikan solat tarawih kerana mereka boleh singgah dan menunaikan solat dengan lebih mudah. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Solat Isyak dan Tarawih disifatkan paling &#8216;rare&#8217; berikutan hanya menggunakan kanvas, karpet serta berbumbungkan langit yang dilakukan di tanah lapang di kawasan, Bukit Bayas, dekat sini, sejak awal&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10760,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2866,2660,780,2841],"class_list":["post-10761","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bumbung","tag-langit","tag-solat","tag-tarawih"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10761","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10761"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10761\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10762,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10761\/revisions\/10762"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10760"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10761"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10761"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10761"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}