{"id":10749,"date":"2026-03-05T20:01:28","date_gmt":"2026-03-05T12:01:28","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10749"},"modified":"2026-03-05T20:08:47","modified_gmt":"2026-03-05T12:08:47","slug":"kanak-kanak-cedera-terkena-tembakan-senampang-angin-jiran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10749","title":{"rendered":"Kanak-kanak cedera terkena tembakan senapang angin jiran"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera dipercayai terkena tembakan senapang angin dilepaskan jirannya dalam satu kejadian di Felda Seberang Tayor, Kemaman petang semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama abang kandung di hadapan rumahnya kira-kira pukul 3.45 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, mangsa dikatakan menangis selepas dipercayai terkena tembakan dan mengadu berasa sakit pada bahagian belakang sebelah kiri badan sejurus terdengar bunyi meletup.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas diperiksa ibu mangsa terdapat kesan lebam kemerahan pada belakang badan mangsa dan menemui satu biji bebola besi berwarna perak di hadapan rumah mangsa,&#8221; katanya ketika dihubungi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"670\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-1024x670.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10752\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-1024x670.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-300x196.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-768x502.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-1170x765.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456-585x383.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/img-20260305-wa00245027160332899550456.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">DUA laras senapang angin buatan sendiri yang dirampas di Felda Seberang Tayor, Kemaman, semalam.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Ayer Putih kira-kira pukul 5 petang sebelum suspek ditahan kira-kira jam 6 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siasatan awal mendapati suspek mengaku melepaskan satu&nbsp; das tembakan ke arah rumah jirannya pada jarak 40 meter melalui tingkap rumah namun tidak menyangka tembakan itu terkena ke arah mangsa,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, polis kemudiannya merampas dua laras senapang angin termasuk satu senapang angin buatan sendiri berukuran panjang lebih kurang 123 sentimeter (cm) dan 107 cm serta sembilan biji bebola besi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suspek dipercayai membeli senjata berkenaan secara atas talian sejak setahun lalu sementara satu laras lagi dibuatnya sendiri bagi tujuan menembak burung,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd. Razi berkata hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati positif dadah jenis morfin dan suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan manakala suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga Ahad depan bagi membantu siasatan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera dipercayai terkena tembakan senapang angin dilepaskan jirannya dalam satu kejadian di Felda Seberang Tayor, Kemaman petang semalam. Ketua&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10748,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2564,381,170,2865,332],"class_list":["post-10749","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-angin","tag-cedera","tag-kanak-kanak","tag-senapang","tag-tembak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10749","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10749"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10749\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10754,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10749\/revisions\/10754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10748"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10749"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10749"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10749"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}