{"id":10695,"date":"2026-02-26T12:50:21","date_gmt":"2026-02-26T04:50:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10695"},"modified":"2026-02-26T12:50:52","modified_gmt":"2026-02-26T04:50:52","slug":"kelantan-pandang-serius-isu-pertukaran-jantina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10695","title":{"rendered":"Kelantan pandang serius isu pertukaran jantina"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memandang serius isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terutama membabitkan pertukaran jantina.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi melakukan pemeriksaan jantina terhadap individu yang disyaki.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ketika operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), ia akan meliputi keseluruhan aspek bukannya melihat kepada luaran sahaja seperti berpakaian seperti lelaki atau seperti wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita mengambil serius isu ini kerana ia perlu diberi penekanan oleh kerajaan negeri. Ada kes yang sudah didakwa berkaitan tukar jantina dan ada kes didakwa berpakaian seperti wanita.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Banyak kes sudah dibuka selain mereka juga dipanggil untuk beri nasihat. Ada juga dalam kalangan mereka berdegil apabila dipanggil sehingga melantik peguam, itu kita agak kesal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, ramai juga yang insaf dan kembali ke pangkal jalan sehingga mampu membaca al-Quran semula,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu ditanya ada dakwaan mengatakan ramai lelaki di Kelantan menukar jantina kepada wanita, Mohd Asri berkata, sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan berkenaan namun tiada angka yang didedahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak boleh sahkan perkara ini namun sekiranya benar, kita kesal kerana kenapa mereka boleh bertindak sejauh itu dan tidak sepatutnya terjebak sehingga tahap berkenaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan individu pertama didakwa di Mahkamah Syariah Kota Bharu bulan lalu, bagi kesalahan menukar jantina.<\/p>\n\n\n\n<p>Individu atau atau &#8216;mak nyah&#8217; berusia 30-an itu didakwa pertengahan bulan lalu selepas beberapa hari operasi dilakukan JAHEAIK membabitkan kumpulan transgender.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber JAHEAIK berkata, pendakwaan pertama individu yang berasal dari Kelantan itu membabitkan kesalahan mengubah jantina mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan pada 2020. &#8211; Metro<br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memandang serius isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terutama membabitkan pertukaran jantina. Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10694,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2853,244,1265],"class_list":["post-10695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-jantina","tag-kelantan","tag-tukar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10696,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10695\/revisions\/10696"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}