{"id":10650,"date":"2026-02-21T11:03:32","date_gmt":"2026-02-21T03:03:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10650"},"modified":"2026-02-21T11:04:05","modified_gmt":"2026-02-21T03:04:05","slug":"motosikal-berkuasa-tinggi-tiada-cukai-jalan-selama-6-tahun-penunggang-juga-tiada-lesen-memandu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10650","title":{"rendered":"Motosikal berkuasa tinggi tiada cukai jalan selama 6 tahun, penunggang juga tiada lesen memandu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Motosikal berkuasa tinggi milik seorang pemuda berusia 20 tahun disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemeriksaan mendapati cukai jalannya tidak pernah diperbaharui sejak enam tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Motosikal jenis MV Agusta F3 RC800 itu disita dalam Operasi Khas Motosikal di sekitar Jambatan Angkat, di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemuda yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke rumah saudaranya di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus, di sini, untuk berbuka puasa itu juga didapati tidak memiliki lesen memandu kelas B penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia mendakwa baru seminggu membeli motosikal berkenaan pada harga RM70,000 sebelum ke sini petang semalam dan bercadang pulang semula ke Ipoh, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion, berkata MV Agusta itu antara 25 motosikal yang disita dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, operasi khas berkenaan dilaksanakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dengan pendekatan proaktif bagi membanteras aktiviti lumba haram serta kesalahan teknikal dan dokumentasi membabitkan motosikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, operasi menggunakan kaedah penyamaran membabitkan 18 anggota dan pegawai berpakaian preman bagi mengesan penunggang yang melakukan kesalahan sebelum tindakan diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Operasi ini fokus kepada beberapa kesalahan utama termasuk tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans selain pengubahsuaian ekstrem yang boleh membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita juga memberi perhatian kepada aktiviti lumba haram dalam kalangan golongan muda yang dikesan aktif berdasarkan pemantauan dan aduan awam,&#8221; katanya ketika ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan motosikal yang disita didapati melakukan pelbagai kesalahan teknikal termasuk ubah suai melampau seperti penggunaan ekzos bising, tiada brek belakang dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sehingga menyukarkan pengecaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, selain penguatkuasaan secara langsung di jalan raya, pihaknya turut menggunakan kamera penguatkuasaan bagi mengesan kesalahan kritikal seperti melanggar lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, antara kesalahan utama dikesan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, ubah suai motosikal secara ekstrem dan melanggar peraturan lalu lintas. &#8211; Berita Harian<br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Motosikal berkuasa tinggi milik seorang pemuda berusia 20 tahun disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemeriksaan mendapati cukai jalannya tidak pernah diperbaharui sejak enam tahun lalu. Motosikal jenis&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10649,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2840,591,392,858,1295,1985],"class_list":["post-10650","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-berkuasa","tag-cukai","tag-jalan","tag-motosikal","tag-tiada","tag-tinggi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10650","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10650"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10650\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10651,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10650\/revisions\/10651"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10649"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10650"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10650"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10650"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}