{"id":10611,"date":"2026-02-17T21:49:04","date_gmt":"2026-02-17T13:49:04","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10611"},"modified":"2026-02-17T21:49:46","modified_gmt":"2026-02-17T13:49:46","slug":"lelaki-dipercayai-bunuh-emak-isteri-dan-dua-anak-sebelum-bunuh-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10611","title":{"rendered":"Lelaki dipercayai bunuh emak, isteri dan dua anak sebelum bunuh diri"},"content":{"rendered":"\n<p>KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating Damai, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata empat mayat ditemukan dalam sebuah bilik dan mayat seorang wanita dengan kesan berlumuran darah ditemukan di dapur kediaman terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua mayat ditemukan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang juga adik kepada suspek utama, selepas terdengar kekecohan di kediaman berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mayat berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun, isterinya berusia 28 tahun, dua kanak-kanak perempuan anak pasangan terbabit berusia tiga dan empat tahun serta nenek kanak-kanak terbabit berusia 53 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pagi ini, suspek utama dipercayai membunuh isteri dan dua anak dalam sebuah bilik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suspek kemudian disyaki membunuh ibunya di dapur dan membunuh diri dalam bilik dan mayatnya ditemukan bersama isteri dan dua anaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terdapat kesan kelar di beberapa bahagian badan setiap mangsa dan polis sudah menemui pisau dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,&#8221; katanya pada sidang media di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Yahaya berkata, berdasarkan maklumat awal suspek utama kes pembunuhan berhenti kerja di Selangor bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, lelaki terbabit kini bekerja di daerah ini dan tinggal di rumah ibunya bersama keluarga dan dan tiga adiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Motif kejadian sedang disiasat termasuk menyemak jika suspek utama mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dan juga aspek lain termasuk masalah kewangan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini semua mayat masih di lokasi kejadian dan polis masih meneruskan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.&nbsp; &#8211;&nbsp; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating Damai, di sini, hari ini. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10610,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[501,750,113,1398],"class_list":["post-10611","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-bunuh","tag-diri","tag-ibu","tag-sebelum"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10611","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10611"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10611\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10612,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10611\/revisions\/10612"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10610"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10611"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10611"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10611"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}