{"id":10492,"date":"2026-02-08T20:52:46","date_gmt":"2026-02-08T12:52:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10492"},"modified":"2026-02-08T20:53:59","modified_gmt":"2026-02-08T12:53:59","slug":"wanita-dari-terengganu-miliki-darah-emas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10492","title":{"rendered":"Wanita dari Terengganu miliki &#8216;darah emas&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu keistimewaan dan &#8216;anugerah&#8217; dimiliki seorang wanita dari Terengganu apabila dikenal pasti memiliki jenis darah Rh null atau dikenali&nbsp;<em>The Golden Blood<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Uniknya, darah jenis itu hanya dimiliki oleh seorang dalam enam juta penduduk dan sehinga kini dipercayai hanya 50 individu sahaja yang memilikinya di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun memilih untuk tidak dikenali umum namun menerusi kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), pemilik darah emas berusia 29 tahun itu sudi berkongsi serba sedikit mengenai &#8216;anugerah&#8217; itu dengan Harian Metro.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"668\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-668x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10494\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-668x1024.jpg 668w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-196x300.jpg 196w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-768x1178.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-1002x1536.jpg 1002w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-1170x1794.jpg 1170w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957-585x897.jpg 585w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/info_darah_1770523219317140854965880957.jpg 1200w\" sizes=\"(max-width: 668px) 100vw, 668px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pengesahan mengenai jenis kumpulan darah itu hanya diketahuinya pada tahun 2016 iaitu selepas menderma darah.<\/p>\n\n\n\n<p>Akuinya, memang sukar untuk mempercayai dan menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia adalah satu-satunya individu dengan kumpulan darah berkenaan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun selepas doktor memberikan penjelasan mengenai kepentingan dan keunikan kumpulan darah ini, saya mula reda serta memahami tanggungjawab yang perlu dipikul.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sejak itu, saya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan lebih teliti kerana sedar risiko yang ada,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia berkata, pada tahun 2024, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun dalam keadaan kesakitan tetapi perkara pertama yang dimaklumkan kepada orang awam (yang datang membantu) ialah mengenai keadaan dirinya yang memiliki jenis darah sangat jarang ditemui itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maklumat berkenaan penting untuk disampaikan bagi memastikan saya mendapat rawatan yang tepat. Jujurnya, di sebalik keistimewaan memiliki darah emas ini, saya juga sedar akan risikonya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Contohnya apabila berkahwin dan hamil kelak, keadaan juga perlu diuruskan dengan lebih rapi serta pemantauan perubatan yang teliti,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, dia turut berdoa supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada sebarang penyakit kritikal pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini memandangkan kesukaran untuk mendapatkan darah yang sepadan kerana dia satu-satunya di negara ini memiliki darah jenis berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apapun saya berharap semoga lebih ramai rakyat Malaysia tampil menderma darah kerana melalui pendermaan darahlah saya dapat mengetahui kumpulan darah sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semoga masyarakat dapat memahami betapa pentingnya peranan penderma darah dalam menyelamatkan nyawa,&#8221; katanya yang turut menderma darah untuk disimpan di PDN.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, darah jenis&nbsp;<strong>The Golden Blood<\/strong>&nbsp;pertama kali ditemui pada tahun 1961 pada seorang wanita orang berasal dari Australia.<\/p>\n\n\n\n<p>Darah jenis ini paling universal dan dianggap penyelamat nyawa kerana tidak mengandungi antigen.<\/p>\n\n\n\n<p>Sifat darah Rh null yang neutral juga mengurangkan risiko terjadinya penolakan oleh penerima semasa proses transfusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini, darah jenis&nbsp;<em>The Golden Blood<\/em>&nbsp;dipercayai dimiliki kira-kira 50 orang di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, hanya 10 orang bertindak sebagai penderma aktif. &#8211; Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Memiliki kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia dan menjadi satu-satu pemilik darah jenis Rh null di Malaysia. Itu keistimewaan dan &#8216;anugerah&#8217; dimiliki seorang wanita dari Terengganu apabila&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10491,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[2821,188,43,133],"class_list":["post-10492","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-darah","tag-emas","tag-terengganu","tag-wanita"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10492","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10492"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10492\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10495,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10492\/revisions\/10495"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10491"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10492"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10492"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10492"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}