{"id":10483,"date":"2026-02-07T22:48:37","date_gmt":"2026-02-07T14:48:37","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10483"},"modified":"2026-02-07T22:49:28","modified_gmt":"2026-02-07T14:49:28","slug":"malam-minggu-hanya-dapat-rm20-peniaga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10483","title":{"rendered":"&#8216;Malam minggu hanya dapat RM20&#8217; &#8211; Peniaga"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini yang suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi malam dan ikon pelancongan Kelantan kini semakin \u2018hilang seri\u2019 apabila peniaga mendakwa hasil jualan merosot ketara, malah ada yang hanya memperoleh RM20 sepanjang lima jam berniaga termasuk pada malam minggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi itu menggambarkan tekanan yang semakin menghimpit peniaga kecil, sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka terpaksa menutup operasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang peniaga pakaian wanita dan jersi, Wan Nur Hafizah Wan Husin, 43, berkata, sejak lebih setahun lalu jumlah pengunjung di lokasi membeli-belah popular itu semakin berkurangan sehingga hasil jualan tidak lagi sepadan dengan kos operasi harian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerniaga sekarang bukan untuk simpan duit seperti dulu, tapi sekadar untuk kelangsungan hidup. Dari jam 7.30 malam hingga 12.30 tengah malam, kadang-kadang hanya laku sehelai baju berharga RM20,\u201d katanya yang sudah lebih 10 tahun berniaga di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut ibu kepada dua anak itu, setiap hari dia terpaksa menanggung pelbagai kos tetap termasuk bayaran tapak RM6.50, caj lampu RM1 setiap satu bagi enam unit serta upah pemasangan khemah RM27, menjadikan kos harian mencecah RM39.50, jauh melebihi hasil jualan pada kebanyakan hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, situasi itu menyebabkan dia bergantung sepenuhnya kepada urus niaga pada malam minggu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan sama turut dialami Nik Mohd Rosmizan Nik Abdul Rahim, 45, yang telah berniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh sejak 20 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, purata pendapatan pada hari biasa sekitar RM30 sehari, manakala hujung minggu pula sekitar RM100, itu pun hanya selepas jam 9 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMembimbangkan kami ialah komitmen besar seperti sewa kedai sehingga RM3,000 sebulan. Keadaan ini memaksa peniaga cari alternatif lain termasuk berniaga dalam talian supaya perniagaan tak gulung tikar,\u201d katanya yang menjual alatan permainan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, terdapat rakan peniaga yang terpaksa meninggalkan tapak perniagaan dan mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPasar ini tak lagi semeriah dahulu. Sekarang hanya hidup semula pada cuti umum dan musim perayaan. Pernah pengunjung bergurau bertanya, betulkah ini Pasar Borong Wakaf Che Yeh kerana suasananya terlalu sunyi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang peniaga pakaian yang ingin dikenali sebagai Abdullah, 56, berkata, isu caj parkir haram oleh pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini turut menyumbang kepada pengurangan pengunjung apabila kenderaan biasa dikenakan bayaran sehingga RM5 dan bas RM20.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSedangkan parkir di kawasan ini sebenarnya percuma kecuali halaman rumah penduduk yang hanya sekitar RM2 hingga RM3. Namun Alhamdulillah, isu ulat parkir kini sudah diselesaikan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dakwaan harga barangan mahal juga tidak tepat memandangkan peniaga terpaksa bersaing sengit dengan platform jualan dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak berani menjual mahal kerana risiko barangan tak laku sangat tinggi. Cabaran lain ialah lambakan festival makanan di seluruh negeri yang menarik perbelanjaan pengguna walaupun harga lebih tinggi,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan itu katanya, menyebabkan ramai peniaga makanan berpindah ke tapak karnival, sekali gus mengurangkan tarikan ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia berharap sokongan rakyat Kelantan serta campur tangan strategik pihak berkaitan dapat menghidupkan kembali pasar tersebut yang bukan sahaja menjadi sumber rezeki peniaga kecil, malah lambang ekonomi malam dan pelancongan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDulu hampir 650 peniaga berniaga di sini, sekarang tak sampai separuh iaitu sekitar 200 peniaga sahaja. Ini satu angka yang membimbangkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika tidak ditangani, ikon ini dibimbangi akan hilang ditelan perubahan zaman,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini yang suatu ketika dahulu menjadi nadi ekonomi malam dan ikon pelancongan Kelantan kini semakin \u2018hilang seri\u2019 apabila peniaga mendakwa hasil jualan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10482,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2818,211,696,2820,2819],"class_list":["post-10483","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-che","tag-hilang","tag-pasar","tag-seri","tag-yeh"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10483","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10483"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10483\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10484,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10483\/revisions\/10484"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10482"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10483"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10483"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10483"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}