{"id":10474,"date":"2026-02-07T20:31:53","date_gmt":"2026-02-07T12:31:53","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10474"},"modified":"2026-02-07T20:32:34","modified_gmt":"2026-02-07T12:32:34","slug":"300000-rakyat-kelantan-hidap-diabetes-tapi-ramai-tak-dapatkan-rawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10474","title":{"rendered":"300,000 rakyat Kelantan hidap diabetes, tapi ramai tak dapatkan rawatan"},"content":{"rendered":"\n<p>TANAH MERAH: Seramai 300,000 atau 16 peratus daripada 1.9 juta penduduk Kelantan menghidap diabetes.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, daripada angka itu, hanya 30 peratus sahaja yang hadir mendapatkan rawatan ke hospital atau klinik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, satu daripada enam rakyat Kelantan menghidap kencing manis dan angka itu masih kekal sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Usia pesakit diabetes di Kelantan adalah antara 18 hingga 29 tahun manakala faktornya pula, selain genetik, ia juga disebabkan gaya hidup serta corak pemakanan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia agak membimbangkan kita di jabatan kesihatan kerana apabila ramai menghidap kencing manis, kita perlu menyediakan fasiliti untuk rawatan termasuk komplikasinya yang berkaitan dengan dialisis,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Outreach Literasi Kesihatan Diabetes peringkat daerah Tanah Merah di Masjid Mukim Batu 11, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr Mohd Azman, masyarakat perlu faham bahawa kencing manis bukan sekadar itu tapi lebih lagi kerana kalau tak dirawat atau dikawal dengan betul, akan menimbulkan masalah lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya lagi, ada juga pesakit yang tidak tahu mereka menghidap kencing manis dan dibimbangi jika dibiarkan, mereka menjadi pesakit kronik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Mohd Azman berkata, penyakit diabetes boleh dirawat asalkan pengambilan ubat dibuat secara konsisten dan menjalani gaya hidup sihat. &#8211; Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANAH MERAH: Seramai 300,000 atau 16 peratus daripada 1.9 juta penduduk Kelantan menghidap diabetes. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, daripada angka itu, hanya 30 peratus sahaja&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[2814,244],"class_list":["post-10474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-diabetis","tag-kelantan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10475,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10474\/revisions\/10475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}