{"id":10412,"date":"2026-02-03T14:23:46","date_gmt":"2026-02-03T06:23:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10412"},"modified":"2026-02-03T14:24:56","modified_gmt":"2026-02-03T06:24:56","slug":"sungai-tembeling-surut-akibat-cuaca-panas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10412","title":{"rendered":"Sungai Tembeling surut akibat cuaca panas"},"content":{"rendered":"\n<p>JERANTUT: Cuaca panas hampir sebulan selepas banjir di Ulu Tembeling menyebabkan paras Sungai Tembeling susut sehingga dataran pasir terbentuk di beberapa lokasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan itu menyebabkan sungai cetek dan menyukarkan pergerakan bot.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mat Daling, Wan Hamzah Wan Manah berkata, fenomena berkenaan adalah perkara biasa ketika musim kemarau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, disebabkan paras sungai surut, beting pasir selebar hampir 100 meter dan sepanjang hampir 200 meter terbentuk di beberapa kawasan di sepanjang sungai itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, keadaan ini memberi &#8216;rezeki bermusim&#8217; kepada penduduk kerana kawasan lubuk yang masih dalam dimanfaatkan untuk menangkap ikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lazimnya di kawasan lubuk itu Ikan seperti baung dan patin terperangkap akibat air surut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun fenomena mengubah landskap apabila dataran pasir luas di tengah sungai mencetuskan pemandangan luar biasa,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Hamzah berkata, beting pasir itu juga terbentuk di beberapa kawasan lain di sepanjang Sungai Tembeling termasuk di Kampung Gusai, Kampung Bantal, Kampung Sat dan Kampung Pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penduduk Kampung Mat Daling, Nurul Natasha Abdul Aziz, 25, berkata fenomena berkenaan bersifat bermusim dan sering berlaku ketika cuaca panas berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kejadian ketika ini lebih ketara berbanding musim kemarau sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Cuaca kering berpanjangan akan mengubah alur sungai dan menyebabkan beting pasir terbentuk tetapi aliran utama sungai masih dalam,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nurul Natasha berkata, kejadian ini menyebabkan bot sering terkandas akibat paras air terlalu cetek.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, sejak adanya jalan raya, pergerakan penduduk dari kawasan hulu ke Kuala Tahan tidak lagi terjejas,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nurul Natasha berkata, jika keadaan seperti itu berterusan, ekonomi penduduk dijangka terjejas kerana ikan dalam sangkar mati.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, cuaca panas juga menyebabkan peningkatan suhu air turut menjejaskan hidupan ikan di sungai. &#8211; Metro<br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JERANTUT: Cuaca panas hampir sebulan selepas banjir di Ulu Tembeling menyebabkan paras Sungai Tembeling susut sehingga dataran pasir terbentuk di beberapa lokasi. Keadaan itu menyebabkan sungai cetek dan menyukarkan pergerakan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10411,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[725,2549,744],"class_list":["post-10412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-sungai","tag-surut","tag-tembeling"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10413,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10412\/revisions\/10413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10411"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}