{"id":10323,"date":"2026-01-28T14:58:09","date_gmt":"2026-01-28T06:58:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10323"},"modified":"2026-01-28T14:59:02","modified_gmt":"2026-01-28T06:59:02","slug":"lelaki-maut-terperangkap-dalam-kebakaran-ketika-ambil-kunci-untuk-alih-motosikal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=10323","title":{"rendered":"Lelaki maut terperangkap dalam kebakaran ketika ambil kunci untuk alih motosikal"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA NERUS: Seorang buruh binaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kampung Pak Tuyu, di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikenal pasti sebagai Shafie Awang Abd Rahman, 49, ditemui rentung di bahagian depan rumah pusaka milik keluarganya yang berusia lebih 70 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Abang mangsa, Mohamad Awang, 56, berkata dia menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam ketika berada di rumahnya di Kampung Batin, Seberang Takir.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, mangsa yang juga duda anak dua tinggal bersendirian di rumah pusaka berkenaan, manakala anak-anaknya menetap bersama bekas isteri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Arwah adik bongsu dari tiga beradik dan bekerja sebagai buruh binaan namun kami jarang bertemu kerana kekangan waktu dan tugas masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kali terakhir saya bertemu arwah pada Oktober tahun lalu dan tidak menyangka arwah maut dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah pusaka terbabit,&#8221; ketika ditemui, malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad Awang berkata, keluarganya reda dengan kejadian itu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan selepas proses bedah siasat selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Faizal Mohd Fazil, 30, berkata mangsa dipercayai baru pulang bekerja sebelum menyedari rumahnya terbakar.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, mangsa dikatakan berlari masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci motosikal bagi menyelamatkan kenderaannya yang diletakkan di luar rumah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun api marak dengan cepat menyebabkan mangsa terperangkap,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus tiba di lokasi lapan minit kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah yang musnah sepenuhnya serta sebuah motosikal jenis LC135 milik mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Operasi pemadaman turut dibantu anggota BBP Kuala Terengganu. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.02 malam,&#8221; katanya yang turut memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mayat mangsa ditemukan di bahagian depan rumah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. &#8211; Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS: Seorang buruh binaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kampung Pak Tuyu, di sini, malam tadi. Dalam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":10322,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[50],"tags":[333,115,126,331],"class_list":["post-10323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional","tag-mati","tag-rentung","tag-rumah","tag-terbakar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10324,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10323\/revisions\/10324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}